nuffnang

Saturday, 6 October 2012

Untuk Pasangan Muda

Anak-anak ku yang baru memulakan kehidupan berpasangan,

1.  Jaga lah hati dan perasaan pasanganmu.  Jangan sakiti hatinya sebagaimana kita tidak mahu hati kita disakiti.  Sentiasa berbaik sangka.

2.  Berikan kasih dan sayang kita jika mahu di balas kasih dan sayang dari pasangan.  Perasaan kasih dan sayang mesti dari dua-dua pihak bukan hanya menerima kasih dan sayang dari orang sahaja.

3.  Sentiasa berkomunikasi untuk mengelakkan salah faham.  Tak perlu simpan di hati.  Tetapi pastikan apa yang keluar dari mulut kita jangan hanya untuk menyakitkan hati.  Ingat jangat sakitkan hati jika kita juga tidak mahu hati kita disakiti.

4.  Berbelanja dengan hemah.  Tidak boros dan tidak kedekut.  Kewangan boleh menghuru harakan rumahtangga.  Kaya atau miskin bukan ukuran kebahagian.  Yang penting pandai mengawal kewangan keluarga.

5.  Masala mesti kita selesaikan.  Jangan letak keatas kepala pasangan semata-mata.  Semua perkara baik buruk susah dan senang di kongsi bersama.  Fikirkan untuk kebaikan dan lupakan keburukan.

No comments:

Post a Comment