nuffnang

Saturday, 6 October 2012

Sandwich Roti  Serat

 Mama sebenarnya masak nasi goreng belacan pagi Ahad ni.  Tapi nasi goreng habis bersih di hadap kami 4 beranak, mama, si sulung dan pasangan dan si bongsu.  Selera sesungguh di pagi Ahad yang hujan ni.  Oleh kerana anak ketiga masih belum bangun lagi, mama prepare sandwich untuknya.
Mama guna roti wholemeal - mama bakar sekejap

Intinya
Ayam satay - dari 12 cucuk satay yang mama bekukan
sedikit udang
bawang merah dan bawang putih - hiris
sedikit susu cair dan garam
sedikit batang sawi - potong kecil

1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga gareng.
2.  Masukkan batang sawi, ci;li api dan udang
3.  Masukkan satay
4.  Tambah garam dan susu cair.  Masak dengan api kecil hingga kering

No comments:

Post a Comment