nuffnang

Thursday, 11 October 2012

Bila Pasangan Belajar lagi....

Mungkin mama bukanlah yang terbaik untuk memberi  tip berkenaan perkara ini.  Mungkin juga pengalaman mama boleh dikongsi dengan orang lain yang melalui situasi yang sama.  Bila pasangan melanjutkan pelajarannya semula sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap keseluruhan keluarga.  Golongan bujang tidak memerlukan penyesuaian diri yang ketara semasa melanjutkan pelajaran.  Tetapi golongan yang telah berkeluarga memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk mendepani pelbagai cabaran sebelum dapat menggapai cita-cita yang diidamkan.  Besar atau kecil cabaran yang dihadapi bergantung kepada diri kita semasa menghadapinya.


1.  Tekanan

Fahami jadual pembelajaran pasangan agar kita dapat memahami tahap tekanan yang mungkin sedang dihadapi oleh pasangan kita.  Tekanan lebih tinggi dihadapi ketika pasangan bakal menghadapi peperiksaan, pembentangan kertaskerja, kuiz, tugasan dan sebagainya.  Cuba minimakan perkara-perkara yang boleh menambah burukkan tekanan yang dihadapi pasangan.

Kita perlu belajar atau membiasakan diri menghadapi masalah rumahtangga bersendirian.  Sebaiknya jangan bebani pasangan dengan  masalah rumahtangga.  selesaikan sendiri.  Bercerita sahaja selepas segalanya dapat kita tangani.

2.  Motivasi Diri

Kita perlu berminda positif dalam semua aspek.  Minda negetif akan melumpuhkan kekuatan mental kita yang akan memberi kesan kepada pasangan yang sedang bergelut dengan pelajarannya.  Jangan persoalkan kenapa perlu melanjutkan pelajaran, jika keputusan telah dibuat. Fokus kedepan, fikirkan bagaimana untuk meringankan beban pelajaran agar kejayaan cemerlang dapat diraih.  Fikirkan apakah bantuan yang dapat kita sumbangkan.  Sentiasa pandu pemikiran kearah yang lebih baik. Jangan sekali-kali berfikiran "jika dia berjaya nanti dia cari pasangan lain". Insyallah pasangan kita mremahami pengorbanan yang telah kita berikan untuk kejayaannya. Sebahagian besarnya tidak tergamak untuk melukakan perasaan kita.

3.  Disiplin

Tiada kejayaan tanpa disiplin.  Bukan hanya pasangan yang perlu berdisilin, kita juga perlu berdisiplin.  Dan terapkan juga kepada keseluruhan keluarga kita.  disiplin memasti 'everything in order'.  Sekecil-kecil disiplin seperti memastikan anak-anak mengemaskan permainan agar bila pasangan balik ke rumah, kemas dan serabut diminda nya hilang. Jika kita telah mempunyai anak remaja, pastikan tingkahlakunya terkawal agar tidak merungsingkan pasangan kita.  Seluruh keluarga perlu berkerjasama dan memahami situasi yang sedang dihadapi.

4.  Kewangan keluarga

Masalah kewangan boleh mengharubirukan keadaan.  Kewangan perlu dikawal.  Kita tidak perlu menjadi akauntan untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit berhubungkait kewangan.  Tetapi cukup sekadar memahami situasi kewangan kita.  Keutamaan bukan hanya keluarga tetapi juga keperluan pembelajaran pasangan.  Tambah membebankan jika pasangan tidak memperolehi mama-mana bantuan.  Bebanan kewangan berbeza mengikut tahap pelajaran yang diikuti.  Lebih tinggi, lebih banyak beban kewangan.  Untuk melanjutkan pelajaran peringkat PHD memerlukan yuran pengajian lehih RM 6000 setahun (contoh USM).  Ini bermakna jika dulu wang Rm 6000 disimpan hanya untuk kecemasan atau melancung,  kini aktiviti tersebut perlu dilupakan seketika.  Ataupun perlu menyimpan dalam amaun yang berganda agar hasrat tersebut dapat dicapai.

5.  Hubungan

Perbaiki hubungan suami isteri, keluarga dan jiran juga saudara mara.  Kekangan masa mungkin dihadapi oleh pasangan.  Mungkin masa untuk menziarahi ibubapa dan keluarga turut terjejas dengan kekalutan belajar.  Oleh itu, kesediaan kita menggantikan tempatnya mungkin membantu mengurangi ke'longgaran' ini.  Bukan aktiviti menziarahi sahaja, juga aktiviti diziarahi juga mungkin terjejas.  Seboleh mungkin kita perlu menjadi wakil pasangan agar kekalutannya tidak dihidu oleh saudara mara yang menziarah.  

Bawa keluarga memenuhi kehendak santai mereka.  Jangan biarkan anak berkata "ayah/ibu asyik sibuk saja.  Cuti sekolah pun kami tak kemana. Bosan" Kita rancangkan untuk mereka.  Hanya minta izin untuk keluar rumah. Pastikan anak kurang merasai/menyedari kesibukan pasangan.

6.  Doa

Jangan lupa mendoakan kejayaan, kesihatan, keselamatannya.  Kejayaan pasangan adalah kejayaan kita juga.  Kita adalah sebahagian dari pelengkap kejayaannya.

No comments:

Post a Comment