Bad Monday
Pernah tak rasa keadaan seperti berikut pada pagi Isnin atau hari pertama bekerja/belajar setiap minggu:
1. Tak ada mood nak bersiap ke tempat kerja/belajar, Rasa nak tidur aje. Nak tinggalkan katil, rasa tak sanggup.
2. Atau rasa tak larat, badan macam tak sihat.
3. Kerap cuti kecemasan atau cuti sakit pada hari pertama bekerja/belajar . Hari pertama tu macam Isnin atau Ahad bagi negeri yang berhujung minggu Jumaat.
4. Datang lewat pada hari pertama.
Ha.. tu antara tanda bad monday. Mungkin tip berikut dapat membantu:
1. Buat aktiviti yang memerlukan banyak fizikal pada hari Sabtu. Nak pi shoping ke, nak panjat bukit ke, nak berkhemah ke, buat pada hari ini.
Walau apa aktivitipun pastikan balik paling lewat Ahad tengahari.
2. Hari Ahad, hanya buat aktiviti di rumah seperti membasuh, menggosok dll. Banyak berehat pada hari ini.
3. Rancang siap-siap persiapan untuk keesokan harinya atau lagi rajin untuk seminggu .
4. Tidur awal
No comments:
Post a Comment