nuffnang

Tuesday, 23 October 2012

Berdangdut di kandang kambing

Ini lah projek mega yang mama katakan dalam entri sebelum nya.  Percaya tak??? jangan tak percaya.....  Projek mega di kandang kambing.  Betul........ ada kambing...... Ada banyak reban dan kambing disitu.  Mula-mula masuk dah ada bau kambing..........

 Geng budak nakal menuju sasaran.  Dari entrence dah bau kambing.  Dalam kegelaan mama nampak beberapa kandang kambing.  Oleh kerana gelap mama tak nampak kambing.  Bunyi mengembik pun tak dengar.  Dah tidur kot....
 Dekorasi yang sempat dirakam.  Geng budak nakal mencari port baik punya........
 Ahli tetap geng meneliti step dangdut yang akan di goyang sebentar lagi.  Punya susah nak memilih.  Alahai..... kita buat step dangdut kambing udah le......Mama lupa lah nak tengok apa nama tempat ni.  Tapi kami terpasa meredah kebun getah gitu...Tapi kalau suruh mama drive kesana, rasanya boleh ingat....
 Ini hasil yang diperolehi.  Shikin yang punya tapi kami ramai-ramai tolong perhabis kan .  Mak oii... ABC ni besar dan tinggi macam buah kelapa.  Tapi campurannya kureng lah...
 Yang ni pun Shikin unya. Wah semuanya engkau aje Kin.....Lepas berdangdut Shikin dah tersandar tak larat nak bangun.  Rasanya kalau ada bantal, boleh tergolek tidur kat situ agaknya.  Bangkit-bangkit boleh mengembek lah...
 Lamb Chop ni, Hafiz punya.  Bila tak larat nak habiskan, Yati bagi perabis.  hafiz kata sedap.
 Air Misai kucing.  Lepas minum tak namppak pula misai kat Yati.  Yang ni kami tolong minum ramai-ramai.  Banyak sangat jika untuk seorang.  Khasiatnya mama tak pasti.  Boleh cari kat google kot.
 Yang ni pun Yati punya.  Tapi  ada cerita disebalik sop kambing ni............Tanya mama sendiri untuk dapatkan cerita exklusif tu....
 Yang ni mama unya.  Roti arab dengan daging masak hitam.  Banyak sangat.  Terpaksa minta Hafiz tolong perabis.  Hafiz terpaksa order nasi putih.   Mama dah tau kelemahan mama.  Tak dapat nak makan banyak.  Awal-awal lagi pilih makanan yang sikit.  Kalau nak tau, selalunya gi mana-mana, mama bukan order makanan.  Mama order sudu extra.  Makan ceduk orang punya sesudu dua saja.  Nak tengok mama makan banyak sebelah  pagi.  Tengahari, kadang makan, kadang tidak.  Kalau makanpun main-main aje.
Yang ini Ana punya.  Kongsi dengan semua orang.  Banyak sangat.  Memang tak larat jika seorang.  Nasib baik berlima orang.  Nama chicken boxing.  Habislah engkau Kin.  Malam ni takut Ana nak boxing pula.  Satu lagi  menu, nasi goreng satay tak sempat ambil gambar lah.  Nasi goreng tu pun Ana punya.  Hey.... berapa banyak ana punya lah.

To all my friends, thank you so much.  Hepi bergelak ketawa dengan kauorang.  Sayang kauorang ketat-ketat.  Muaaaah..........Nanti bila-bila, kita keluar gethering lagi ya.....Thank you juga kepada hbby yang melepaskan keluar sekali sekala.  Balik rumah 11.20 malam, tapi depa semua masih sibuk study.  Kesian.... student lah katakan.... nak buat macam mana.......

No comments:

Post a Comment