nuffnang

Sunday, 14 October 2012

Menu Petang Sabtu Yang Santai

 Petang Sabtu hujan.  Secara automatik semua aktiviti menjadi perlahan.  Yang aktif tentulah aktiviti makan.  Macam ikan pulak.  Campak makanan berebut-rebut makan.  Mee sekilo sekejap sahaja dah lesap.  Sebelum menggoreng mee, mama buat stok cabai dulu.  Untuk stok cabai mama buat seperti ini.

Kisar Halus
40 btg cabai kering
10 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
belacan secukupnya

Caranya:
Tumis semua bahan diatas dengan minyak yang cukup hingga garing
Sejukkan dan masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.  Jangan bekukan
Gunakan bila-bila perlu.  Jangan simpan terlalu lama.  Walaupun telah bertumis, lama-lama akan rosak juga

Mee Goreng

2 setengan senduk stok cabai
bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Sos cili
Sos Tomato
Kicap
Garam , gula, perasa

Telor
Udang

Sawi, Taugeh
Mee kuning

1. Tumis bawang yang dihiris dengan sedikit minyak hingga layu..
2. Masukkan batang sawi, udang dan telor.
3. Masukkan stok cabai, sos cili, sos tomato, kicap gula, garam dan perasa.  Jika agak kering tambah air.
4. Rasa kombinasi campuran tersebut.  Jika berpuashati masukkan sayuran dan mee.  Goreng mengikur kehendak kita.  Samada kering, sedikit basah atau berkuah
5.  Anagkat dan hias - seperti bawang goreng , daun sup dan sebagainya

No comments:

Post a Comment