Ketagih Asam Pedas
Jika perasan, setiap minggu mama masak asam pedas ikan. Menu sama setiap Ahad. Asam Pedas Ikan, Ikan goreng, sayur boncis goreng dan buah betik. Nampaknya lidah dan selera dah terbalik. Hubby yang orang Penang dah tak boleh berpisah dengan asam pedas. Oleh kerana Penang dikelilingi laut, ikan adalah pilihan utama. Sebab segar kan.
Hidangan sama setiap minggu. Yang membezakan hanya jenis ikan sahaja.
Jika tidak puas hati dengan gambar diatas, kita papar sekali lagi.
Menu tambahan untuk dinner. Menu sejak kecil lagi. Ikan bilis goreng. Simple tetapi sebaiknya sediakan ketika hendak makan. dengan nasi panas, memang sedap. Yang ni mudah je buatnya.Ikan bilis goreng
Segenggam ikan bilis di goreng garing, angkat dan toskan minyaknya
Goreng bawang merah yang dipotong kasar hingga layu, masukkan cabai hidup yang di hiris
Angkat dan hidang bersama ikan bilis gotreng tadi. Tuangkan kicap lemak manis diatasnya.
Syaratnya perlu makan ketika panas dengan nasi panas. Jika terlalu sejuk nanti liat pula ikan bilis tu.
No comments:
Post a Comment