Money Is Not Everything, But Everything Need Money
Mama mendengar taklimat dari AKPK pagi tadi. Ingin sekali mama kongsi yang mama dengar. Mungkin minda tua mama tidak dapat menyerap kesemua yang diperkatakan tetapi mama cuba berkongsi sedikit sebanyak mengikut kelapangan dan kemampuan.
Jika melihat pada tajuk pun dah membuat kita berfikir panjang. Tiada siapa yang hidup di dunia ini dapat mengelakkan diri dari memerlukan duit. Sejak belum lahir hingga ke hujung usia, kita memerlukan duit. Selagi tinggal di bumi, duit diperlukan. Sapa tak perlukan duit, angkat tangan.....
Oleh itu kepentingan duit tidak dinafikan. Namun manusia menghadapi kekangan untuk memiliki duit. Bukan boleh kutip-kutip tepi jalan, bukan petik-petik atau tumbuh melata merata-rata. Memerlukan kebijaksanaan untuk memilikinya. Perlu bekerja aatau berniaga sebelum memiliki duit. Kemudian duit itu kita gunakan untuk memenuhi keperluan sebagai manusia. Semua tuntutan ini memerlukan ILMU. Perlu memahirkan diri untuk menguasai ilmu tersebut.
Mama nak kongsi berhubung pengagihan pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Tak kira dari sumber mana - gaji, berniaga dan sebagainya. Agihan gaji bulanan kita perlulah:
1. 60% untuk sara hidup
AKPK kata 60 -70 %. Tapi bila mama balik dan congak-congak 60% lebih bagus. Mungkin yang tak setuju tu boleh adjust ya. Sara hidup bermakna, makan,minum, pakaian, anak-anak, dan apa-apa saja untuk kehidupan kita.
2. 20% untuk simpanan
Simpanan ni adalah simpanan jangka panjang, jangka pendek dan jangka sederhana. Juga termasuk insuran. Jangka pendek ni - yang kita senang cash kan. Con. simpanan yang ada kad ATM. Jangka sederhana tu macam simpan bank yang tak ada kad ATM atau simpanan tetap 3,6,12 bulan. Dan simpanan jangka panjang untuk hari tua.
3. 20% untuk apa-apa hutang
Tak kiralah hutang kereta ke, rumah ke, pinjaman peribadi ke. Boleh hutang tapi tidak lebih 20% sahaja.
Dari pengagihan diatas bermakna, jika gaji RM3000 ,
1. RM1800 untuk sara hidup
2. RM 600 untuk hutang
3. RM 600 untuk simpanan
Dan setiap bulan bila mendapat gaji, ambil dulu RM600 dan masukkan ke akaun simpanan. Kemudian barulah memenuhi sara hidup dan hutang. Sara hidup dan hutang ini boleh saling tarik menarik. Tak cukup untuk hutang , tarik sara hidup. Begitu juga sebaliknya. Tapi tak boleh tarik untuk simpanan.
So, cuba kita mulakan dari gaji bulan ini. Atau pendapatan yang kita perolehi dalam masa terdekat ini.......
Selamat berjaya....