Resipi Warisan
Hai takkan tayang sikit sangat? Mesti ada yang kata kedekutkan. Sebenarnya, tadi masa mama snap, tak perasan bukan tangkap gambar. Tapi dalam bentuk video. Oleh kerana dah habis lepas makan dan yang tinggal hanya sedikit ini sahaja, snap jugalah.
Masak apa tu? Ini lah Sambal Tumis Bilis Dan Biji Cempedak. Pernah dengar tak? Kalau nak cari jual kat kedai memang tak ada lah agaknya. Masakan ini sering dimasak olek Tok Nek semasa hayatnya. Tok Nek tu, nenek sebelah hbby mama. Mari tengok resipi....
Sambal Tumis Bilis Dan Biji Cempedak
Kisar Halus
15 tangkai cabai kering
6 - 7 ulas bawang merah
belacan
Biji cempedak goreng (selepas cempedak goreng dimakan, bijinya jangan dibuang. Jika biji cempedak tidak berapa masak, rebus dahulu sehingga lembut. Biji cempedak dibuang kulit dan dibelah dua)
1 cawan ikan bilis
air asam jawa, garam, gula melaka dan perasa
1. Tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam,gula dan serbuk perasa (jika suka)
3. Masukkan biji cempedak. Masak sehingga elok rasanya dan kepeketan yang kita sukai.
No comments:
Post a Comment