nuffnang

Wednesday, 18 July 2012

 Jasamu Kan Sentiasa Ku Kenang






Terlebih dahulu mama nak mohon maaf.  Macam tak senonoh pulak menayang kasut buruk di blog ini.  Tapi mama nak juga mengabadikan item kesayangan ini.  Terlalu banyak jasanya.  Mama beli pada sekitar tahun 2008 atau 2007.  Dan hayatnya (jodohnya) bersama mama sehingga 7 Julai 2012.  Mama gunakan hari-hari.  Mama ni memang seorang yang susah nak tukar-tukar macam orang lain.  Kalau pakai satu tu dan mama rasa sesuai, mama akan pakai sampai tak boleh guna dah.  Tapi tak pernah pula orang mengata asyik pakai yang sama aje!!

Kesayangan mama diatas dah merata dia pergi bersama mama.  Kat mana negara yang ada cop dalam paspot tu, dia ikut. Ialah kan, dari 2008 - 2012, dan dipakai setiap hari dan kemana juga mama melangkah.  Lama kan??  Harga murah juga dalam RM 80 sahaja. Beli di Komplek Bukit Jambul, Pulau Pinang.

2 comments:

  1. serupa le kita Tih. nampak cam Scholl design je tu. Kasut baru cap apa plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam aje tapi bukan. Yang ni jauh lebih murah.

      Delete