Projek Mega Yang Gagal
Hari ini mama melancarkan satu projek besar di rumah. Projek apa tu? Macam suspen aje. Oleh kerana mama terlalu berkuasa di dapur, maka mama pun menggunakan kuasa mandatori menentukan masakan untuk semua ahli. Mama lancarkan projek makan sayur. La... tu aje projeknya ke? Haa.. tu lah dia. Tapi malangnya projek ini telah gagal mencapai matlamat. Princess langsung tak mahu makan bila nampak sayur yang banyak. Paan pula, biasalah memang berselera tapi semua sayur dipilih dan dibuang tidak dimakan. Macam mana lah tektik nak bagi makan sayur ni?Apa pun semak resipi koey tiaw goreng sayur
Kisar
Bawang merah
cabai kering
belacan
Bawang putih (cincang halus)
fish ball dan fish cake
telor (yang ni mama kehabisan stok)
Koey tiaw
sos cili
sos tiram
kicap
garam, gula, perasa
taugeh
kucai
Hiasan
tauhu goreng
bawang goreng
1. Goreng bawang putih hingga perang , masukkan bahan kisar dan goreng hingga garing.
2. Masukkan semua sos, kicap, garam, gula dan perasa tambah sedikit air. Masak hingga pekat.
3. Masukkan fish ball dan fish cake. Masukkan koey tiaw.
4. Selepas rencah sebati bersama koey tiaw, masukkan sayuran. Sebelum angkat, pecahkan telor dan masak sepenohnya.
5. Hias dengan bahan hiasan semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment