nuffnang

Thursday, 26 July 2012

Tepung Pelita





Sushi  Isi Ketam



Ramadhan ke enam



Asam Pedas 



Ayam Ungkep



Gelama Besar Masak Kukus



Bubur Jagung



Puding Roti Karamel






 Sambal goreng Jawa Ala Mama
Mama amat menggemari sambal goreng.  Ketika menggandung, pasti mama dera hbby untuk mencari sambal goreng.  Ketika mengandung, nak masak sendiri, memang tak mampu.  Tetapi tekak mengada-ngada selalu.

Mama buat ni bukan kerana mengandung  (hehehe....).  Tapi kerana teringin saja.  Kita tengok macam mana mana buat.

Goreng dulu
Tempe (mama buat 2 paket)
Kentang (mama guna 7 -8 biji)

Kisar
3 ulas bawang merah besar
4 ulas bawang putih
2 paket udang kering
2 camca besar udang geragau
20 tangkai cili kering

1.  Tumis bahan kisar hingga garing
2.  Masukkan asam jawa, gula melaka, garam, kicap
3.  masukkan kacang panjang, masukkan santan.
4. masukkan suun, pucuk, tempe dan kentang
5. goreng hingga garing.


Bento lunch pra- ramadhan



Banyak tempat makan dah tak buka di tempat mama.  Jadi kena bawa bekal.










Nasi putih, ayam goreng crispy dan daging kicap.  Boleh lah.





Pra- Ramadhan

Hari khamis sebelum Ramadhan.  kawan mama ajak mengutip jambu ditempat lama, Aman Damai.   Lama tak makan buah ni.  Ambil banyak satu plastik.  Pokok ni nak kana clear awal.  Kalau tidak, bila tiba Ramadhan tak laku dah.



Balik rumah mama sediakan pencicahnya.  Jambu ni buahnya sedap.  Rangup dan manis.


Wednesday, 18 July 2012






Spageti Goreng Lagi........


Bingka Labu + Durian

Resepi sama dengan bingka labu di bawah.  Cuma labu 500 g tu mama modified guna 200 g labu dan 300 g durian.  Dan bahan yang mama guna teknik kacau tu, mama modified guna teknik kisar.






Dan satu lagi, gula yang mama gunakan 200g.  Tapi bagi mama agak manis sikitlah. 










Nota Lawak:
Mak Joi kalau teringin, kena beri notis in advance....
Nasi Goreng Udang Geragau





Mama sudah ketandusan idea.  Menu apa yang nak di hidangkan.  Langkah selamat dan mudah.  Nasi goreng jadi pilihan.









Kisar
Bawang merah
Bawang putih
Udang geragau
Cili padi

Telor
setengah periuk  nasi sejuk
Kangkung
garam dan perasa

Hidangan sampingan
Peceri nenas
Keropok ikan

1.  Tumis bahan kisar hingga gareng
2.  Pecahkan telor dan kacau
3.  Masukkan udang basah dan sayur
4.  Masukkan nasi, garam dan perasa
5.  Hidang bersama paceri nenas dan keropok ikan.
 Bingka Labu

Tara.......... Bingka Labu kegemaran mama.  Kalau mama buat mesti labunya banyak dan ada ketul labu untuk di gigit-gigit.  Nasib baik buat sendiri.  Nak bingka yang macam mana pun boleh modified sendiri.  Kalau nak harap yang beli tu mesti ikut citarasa pembuat atau penjual sahaja.  Penjual pun tak boleh ikut cita rasa kita sebab nak jual kepada ramai orang.  Kecuali kita order khas untuk kita sahaja.
Gambar ni mengiring atau mama yang mengiring???

Kepada yang terliur tu, ini resipinya.  Mama catatkan apa yang mama buat.  Kalau tak jadi tu, jangan marah mama.  Kena call atau jumpa sendiri.  Mana yang buat lebih baik tu, tahniah. 

Bingka labu
Labu rebus (setengan lecek halus, setengah lecek kasar)

Kacau (guna pemukul tangan, bukan elektrik ya)
3 biji telur
1 paket santan kotak (lebih kurang 200 ml)
50 ml air
100 g gula
sedikit esen vanila

200 g tepung gandum (ayak)

1.  Pukul bahan untuk di kacau diatas
2.  Masukkan labu. Pukul hingga rata
3.  Masukkan tepung
4.  Bakar dengan suhu 170 darjah.  Guna api atas dan bawah.  Bakar selama 1 hingga 1 setengan jam.

 Jasamu Kan Sentiasa Ku Kenang






Terlebih dahulu mama nak mohon maaf.  Macam tak senonoh pulak menayang kasut buruk di blog ini.  Tapi mama nak juga mengabadikan item kesayangan ini.  Terlalu banyak jasanya.  Mama beli pada sekitar tahun 2008 atau 2007.  Dan hayatnya (jodohnya) bersama mama sehingga 7 Julai 2012.  Mama gunakan hari-hari.  Mama ni memang seorang yang susah nak tukar-tukar macam orang lain.  Kalau pakai satu tu dan mama rasa sesuai, mama akan pakai sampai tak boleh guna dah.  Tapi tak pernah pula orang mengata asyik pakai yang sama aje!!

Kesayangan mama diatas dah merata dia pergi bersama mama.  Kat mana negara yang ada cop dalam paspot tu, dia ikut. Ialah kan, dari 2008 - 2012, dan dipakai setiap hari dan kemana juga mama melangkah.  Lama kan??  Harga murah juga dalam RM 80 sahaja. Beli di Komplek Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Sunday, 8 July 2012

Dalam kemalasan, Ku Gagahi Jua 
 Mama ni, bila mood rajin, terlalu rajin. Rasa nak duduk, tidur dan segala-galanya di dapur.  Tapi, bila mood malas datang bertandang, memang tahap maksima.  Sekarang ni, angin malas mengatasi segala kerajinan.  Rajin tak tahu dah lari ke mana.
Di atas adalah hidangan mama ketika malas bertandang. Nasi putih, sambal sardin, tempe goreng dan timun. Apa lah nak jadi. Nak masak malas, nak keluar beli pun malas, nak makan di luar pun malas.  Tapi makan tak malas.  Anak selalu cadangkan "Ma, 1-300-88-2525 saja lah". Mama jawab "Tak nak la, dah jemu".  Terkenangkan  mak di kampung.  Waktu mak seusia mama, hampir setiap hari Mak Tam lah tukang masaknya.  Mak sesekali je turun masak.  Tapi bila anak-anak daranya satu persatu meninggalkan rumah, baru lah dia ke dapur semula. Bilakah masa itu akan sampai...........??

Gulai Udang Dan Kacang Boncis
Semakin berusia semakin sukar untuk mencari hidangan yang sesuai dengan selera.  Hidangan yang berulang kali juga menjemukan.  Walaupun gerai makanan bak cendawan tumbuh di sana sini, hanya segelintir kecil memenuhi selera.  Tambah sukar jika hari minggu.  Kebanyakan gerai makanan akan menutup perniagaannya.

Dengan mood yang kurang stabil, mama gagah juga menyediakan gulai udang dan kacang buncis. Mudah dan cepat.

Gulai Udang & Kacang Buncis

Kisar halus
Bawang merah
bawang putih
cabai

Rempah kari udang + sedikit air
santan
udang 
kacang buncis
garam
1 keping asam gelugor

1.  Tumis bahan kisar hingga garing.  Masukkan rempah dan masak hingga terbit minyak.
2.  Masukkan santan,garam dan asam gelugor.
3.  bila telah mendidih, masukkan kacang dan udang. Masak hingga kacang agak lembut.
Projek Mega Yang Gagal
Hari ini mama melancarkan satu projek besar di rumah.  Projek apa tu?  Macam suspen aje.   Oleh kerana mama terlalu berkuasa di dapur, maka mama pun menggunakan kuasa mandatori menentukan masakan untuk semua ahli.  Mama lancarkan projek makan sayur.  La... tu aje projeknya ke?  Haa.. tu lah dia.  Tapi malangnya projek ini telah gagal mencapai matlamat.  Princess langsung tak mahu makan bila nampak sayur yang banyak.  Paan pula, biasalah memang berselera tapi semua sayur dipilih dan dibuang tidak dimakan.  Macam mana lah tektik nak bagi makan sayur ni?

Apa pun semak resipi koey tiaw goreng sayur

Kisar
Bawang merah
cabai kering
belacan

Bawang putih (cincang halus)
fish ball dan fish cake
telor (yang ni mama kehabisan stok)
Koey tiaw
sos cili
sos tiram
kicap
garam, gula, perasa
taugeh
kucai

Hiasan
tauhu goreng
bawang goreng

1.  Goreng bawang putih hingga perang , masukkan bahan kisar dan goreng hingga garing.
2. Masukkan semua sos, kicap, garam, gula dan perasa tambah sedikit air.  Masak hingga pekat.
3. Masukkan fish ball dan fish cake.  Masukkan koey tiaw.
4. Selepas rencah sebati bersama koey tiaw, masukkan sayuran.  Sebelum angkat, pecahkan telor dan masak sepenohnya.
5. Hias dengan bahan hiasan semasa menghidang.

Saturday, 7 July 2012

Nasi Briani Ala Mama
Agak lama juga masakan ini.  Tapi baru hari ini nak update disini.  Maaflah gambar tidak memuaskan.  Jom semak resipi...

Hiris
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
setengah inci halia

Bahan tumis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
kayu manis

1 kg beras basmathi
1 tin susu cair
5 biji limau kasturi (diperah dan ambil airnya sahaja)
2 helai daun pandan
setengah paket rempah beriani (mama guna jenama Adabi)
sedikit gula (jika suka)
Air (sama sukatan dengan beras)

Bahan tambah
gajus goreng, kismis, daun ketumbar

Bahan hiasan
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang

1. Tumis bahan hiris hingga naik bau, masukkan bahan tumis dan daun pandan. Boleh guna minyak sahaja atau separuh minyak dan seperuh minyak sapi.
2. Masukkan rempah beriani. Tumis dengan api sederhana hingga terbit minyak.
3. Masukkan air, susu dan air limau. Tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan beras. Masak hingga agak kering dan kecilkan api.  Teruskan masak dengan periuk yang sentiasa ditutup sehingga nasi masak sempurna.
5. Taburkan bahan tambahan. Kacau rata.
6. Semasa menghidang, hiaskan dengan bahan hiasan.

Friday, 6 July 2012

Resipi Warisan

 Hai takkan tayang sikit sangat?  Mesti ada yang kata kedekutkan.  Sebenarnya, tadi masa mama snap, tak perasan bukan tangkap gambar.  Tapi dalam bentuk video.  Oleh kerana dah habis lepas makan dan yang tinggal hanya sedikit ini sahaja, snap jugalah.
Masak apa tu?  Ini lah Sambal Tumis Bilis Dan Biji Cempedak.  Pernah dengar tak?  Kalau nak cari jual kat kedai memang tak ada lah agaknya.  Masakan ini sering dimasak olek Tok Nek semasa hayatnya.  Tok Nek tu, nenek sebelah hbby mama.  Mari tengok resipi....

Sambal Tumis Bilis Dan Biji Cempedak

Kisar Halus
15 tangkai cabai kering
6 - 7 ulas bawang merah
belacan

Biji cempedak goreng (selepas cempedak goreng dimakan, bijinya jangan dibuang.  Jika biji cempedak tidak berapa masak, rebus dahulu sehingga lembut.  Biji cempedak dibuang kulit dan dibelah dua)

1 cawan ikan bilis
air asam jawa, garam, gula melaka dan perasa

1. Tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam,gula dan serbuk perasa (jika suka)
3. Masukkan biji cempedak.  Masak sehingga elok rasanya dan kepeketan yang kita sukai.  
Bertani di  pinggir tingkap

Anak durian belanda dalam proses untuk matang.  Akan dialih ke kebun selepas tinggi agak-agak sekaki nanti.  hai lamanya, dia dok kemetut  aje... Mama pun silap juga.  Selalu lupa nak jamu air kat dia....



Yang ni anak pokok mahkota dewa.  Ambil dari Taiping.  Mama belum pasti khasiatnya.  Belum ada masa nak search lagi.  Jika ada yang nak beri info, amat dialukan.

Thursday, 5 July 2012

Gulai Ketam Nenas

Kisar halus
bawang merah
bawang putih
sedikit ikan bilis

Nenas (potong ikut suka)
2 cawan air air atau setakat hapus nenas dalam periuk
1 pkt kecil rempah kari (untuk ketam dan udang)
garam dan perasa
sedikit santan kotak
sedikit gula melaka

Tumis
bawang merah (hiris)
cabai kering (kerat-kerat)
daun kari (hari ni mama kehabisan stok)

1. Rebus nenas bersama bahan kisar, serbuk kari dan air sehingga nenas agak lembut.
2. Masukkan ketam, garam, gula melaka dan serbuk perasa (mama tak guna).
3. Masukkan santan. Rebus hingga rasanya lengkap (ada lemak, masam, manis dan terasa garamnya)
4. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali tumis bahan tumis hingga wangi dan tuang dalam periuk gulai tadi.

Nota:
Yang paling penting, masaklah dengan penuh kasih sayang kepada yang tersayang.