Pengalaman Sukar Dilupakan
Malam tu, hbby ada program. Dia dah pesan akan balik lambat. Mama tak lena sebab hbby tak bawa kunci. Sekitar jam 1.00 pagi, mama dengar bising macam orang mandi kat bilik air bilik mama. Kentang kentung, macam ganas aje. Pas tu macam orang jalan sana sini. Pas tu bising kat bilik air luar yang digunakan oleh Princess & Talia. Mama keluar bilik dan check tak da apa-apa pun kat bilik air mama. Putera kesayangan dah lama tidur. Princess dan Talia pun dah tidur. Ayat kursi memang dah baca ber'round-round'.
Mama keluar dan check bilik Princess dan bilik airnya. Tak da apa-apa pun. Mama chek, kat hall. Pun tak da apa-apa. Last sekali mama tak larat nak check bila bunyi kat sana sini, mama buka komputer. Mama main game spider dengan buka lagu guna ear-fon. Ha..... puashati. Masa mama syok main, dengar bunyi kuat ketukan pintu. Mama ingat hbby balik, rupanya tak da sapa. Haa.... 'hang' tipu aku ya.......
Pas tu, pi la bunyi apa pun mama tak peduli, mama asyik kalah aje main game, sampai sekitar jam 4.00 pagi. Mama dengar ketukan pintu. Mama buat 'dek' aja. Takut tertipu lagi. Tunggu sampai hbby panggil nama baru mama keluar bilik dan buka pintu.
Esoknya masa selepas check out, bila kenderaan keluar saja dari bangunan hotel tu, pelan-pelan hbby cakap. Tadi dia baru lepas sembang dengan anak tokey hotel tu. Dia sembang, kata ada satu bilik kat hotel dia, selalu jadi benda pelik. Bila staf bahagian housekeeping buat checking selalu ada sejadah dibentangkan. Beberapa kali, kemas pun selalu jadi. Dan bilik itu adalah, bilk yang kami duduk.............
Mama tak tau nak explain perasaan mama ketika itu................
No comments:
Post a Comment