Tiga minggu lepas hbby meracun rumput di kebun. Hampir setahun kami tidak menjenguk kebun. Semak samun sehingga sukar untuk memasukinya. so, bila kelapangan masa, kami berdua mencuri masa untuk membersihkan kebun. Hari ini (Sabtu) setelah dipujuk-pujuk, si Paan yang gebu, turut serta membersihkan kebun. Mesin rumput yang dihantar'service' belum siap lagi. Katanya 'coil' pecah. Jadi kami bertiga melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Jom 'kita bako aje, kita bako aje'.
Jam 6.00 petang kami bertolak balik ke rumah. Dan sebelum senja, inilah hasilnya. Ubi rebus cecah gula aje dan se 'mug' kopi panas. Mama guna satu biji (batang?) ubi sahaja tau. Rebus banyak nanti tak habis. Jom join mama makan, sementara masih panas, sedap dan gebu........... Pisang ada banyak tadi. Tapi mama tak bawa balik. Biarlah rezeki burung.........
No comments:
Post a Comment