Dah makan ke belum?
Hari minggu lalu mama ke pasar malam berhampiran tapak pesta Pulau Pinang, Sungai Nibung. Ada pucuk paku yang sangat segar, tidak mama lepaskan. Balik ke rumah mama goreng belacan, tetapi malangnya extra pedas lah pulak. Jom tengok resepi yang terpedas tu.....
Pucuk Paku Goreng Belacan
Dikisar
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
setengah inci Belacan
5 biji Cili kering
2 biji Cili padi
Seikat pucuk paku
Tumis bahan kisar dengan minyak hingga garing. Masukkan pucuk paku dan kacau goreng hingga masak. Tambah garam dan serbuk perasa (jika suka). Mama tak campur air kerana pucuk paku akan mengeluarkan sedikit air apabila telah masak.
Oleh kerana ter'pedas' dan jika famili makan takut sakit perut nanti, mama modified pucuk paku goreng belacan menjadi kerabu. Caranya:
Mangga muda - diracik memanjang
Campur kerisik dan gula 2 sudu makan. Dan gaulkan dengan pucuk paku goreng tadi. Dan hasilnya seperti diatas. Memang sangat sedap.......... Jemput makan.
When east meet west??? Spageti goreng basah. Ingat kahwin aje boleh campur? Masak pun boleh campur juga tau. Yang ni, makan mesti golek kepala punya lah. Golek kepala, golek kepala :D
Best sesangat. Mai usha resipi.........
Kisar halus
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cabai kering
Segenggam ikan bilis
Spageti direbus sehingga empuk
Udang
Sawi
kicap
garam, gula melaka
Hotdog ayam di goreng dan potong kecil
1. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan udang dan batang sawi.
2. Tambah sos cili dan sedikit air
3. Tambah kicap, garam, gula melaka.
4. Masukkan spageti, hot dog dan daun sawi
After 5.00pm, kepala mesti tak tenang kalau tak dapat....?? Tak dapat mengunyah lah apa lagi. So, mangsa pertama dikenalpasti. Buah nenas dan pencicahnya. Nenas tu ori. Tak yah resipi. Pencicah tu resipinya seperti ini:
5 biji cili padi
4 ulas bawang putih
secukupnya gula melaka
kicap
1. Blend semua gula pengisar kering
2. Apa lagi kita ngap aje lah..