Dengan gigihnya, akhirnya, boleh juga mama update meminjam 'samsing' ayah.
Pagi sabtu yang indah, breakfast mama roti bakar dengan telor mata kerbau. Nak buat senang je. Roti dibakar hingga garing. Oleh kerana mama guna kuali ajaib boleh buat serentak. Sebelah bakar roti, sebelah lagi pecahkan telor dan goreng. Jangan lupa percikkan lada sulah ajishio penambah rasa.
Ramai orang mengata, makan apa, masuk blog, buat apa, masuk blog, tapi mama ambil yang positif. Anak mama perlu ditunjuk ajar. Oleh kerana mengikut arus teknologi, mama gunakan pendekatan ini.
Ada akal fikir.............
No comments:
Post a Comment