Alhamdulilah. Syukur. Akhirnya program Krabi berlangsung dengan jayanya. Berikut mama berikan aturcara santai kami. Kumpulan kami dengan 2 kereta dan 10 anggota.
Day 1 - Jumaat 23/5/2014
Perjalanan mama & family bermula selepas semua anggota dah habis bekerja. Kami bertolak meninggalkan Pulau Pinang sekitar jam 6.00 petang. Oleh kerana meredah jem di Jambatan Pulau Pinang, sekitar jam 9.00 malam, baru kami sampai di Changlon.
Kami bermalam di Changlon malam tu.
Day 2 - Sabtu 24/5/2014
Family mama berkumpul dengan anggota kumpulan jam 9.00 pagi di pintu masuk imigresen Bukit Kayu Hitam. Jika ikut plan kami akan berkumpul jam 8.00 pagi. Tapi rupa-rupanya kiosk jual insuran belum buka pagi-pagi. Jadi, terpaksa berpatah balik ke Changlon untuk membeli insuran dan bersekali kad/slip putih "arrival form". Family mama ambil kesempatan ini untuk tambah minyak kereta bagi penuh. akhirnya sekitar jam 9.00 baru boleh masuk ke imigresen check point.
Di imigresen Malaysia hanya cop pasport (sebenarnya tak chop, hanya scan di komputer). Di imergresen Thailand, mula-mula cop pasport, lepas tu, ayah beratur pula untuk declare kenderaan. Ayah kena bawa geran kereta. Masa cop pasport, mama buat tak tahu saja, tak beri duit (duit apa ya, suapan ke?). Tapi pegawai imegresen tu, mintak seorang RM2. Dia minta baru mama beri. mama & ayah saja yang kena beri duit seorang RM2. Adik 2 orang dia tak minta. Ini untuk imegeresen sebelah Thailand je, ya. Belah Malaysia tak minta langsung. Mereka betul-betul berkhidmat untuk negara.
Masa berurusan di kaunter check point, kereta ayah letak di tempat letak kereta bersebelahan check point. Bila urusan selesai baru bawa masuk melalui lorong pemeriksaan. Sebelah check point tu, dah Pekan Danok. Kami berhenti tepi jalan. Ayah tukar duit dan beli sim kad thailand untuk mudah berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain.
Dari Danok/ Sadao, kami menggunakan Route 4 menghala Hat Yai. Dalam 40 minit sampai pinggir Hat Yai (tak perlu masuk ke bandar Hat Yai) gunakan jalan ke Phantalung. Disini ayah berhenti untuk membeli map selatan Thailand. Dari Simpang ke Phantalung sehingga ke Trang. Jauh juga dalam 140 -150 km, agak-agak. Sampai di Trang, kami tersesat memilih lorong masuk ke bandar. Sebenarnya ada jalan by pass tak lalu bandar.
Dari Trang terus ke Krabi. Jauh juga dalam 2 jam. Sebenarnya semua tempat ini ada lebuhraya tidak bertol. Kalau berada di 4 persimpangan, klu nya adalah tengok mana yang lebuhraya. kalau macam jalam kampung tu, makna salah la tu. 4 persimpangan di panggil intersection. Ada nama untuk setiap intersection. Kena semak dalam map. Satu yang kita perlu ingat, lebuhraya di Thailand, ada banyak susur untu kenderaan melintas. Berhati-hati dan peka dengan 'road signage'. Yang bagusnya, kenderaan mereka tak melintas sesuka hati. Driving manner, mereka sangat advance dari kita. Macam tu juga kalau depa ada di line kanan. Jika kita hampir, mereka akan cepat beri jalan. Jalan dalam pembaikan ada banyak tempat. Signage repair memang kurang.
Dari Krabi ke Pantai Ao Nang dalam 30 minit.
Selepas check in, kami rehat sekejap. Sekitar jam 6.00 petang kami ke Ao Nang Night Market. Jangan menjangka sesuatu yang kebaboooo... di night market ini. Night Market kat tempat kita lagi happening. Kami naik tut-tut. Bukan tuttttt................ya. Tut-tut tu adalah motosikal yang dipasang extension macam motosikal OKU tapi berbumbung.
Balik dari night market, kami minta tut-tut hantar ke gerai makan muslim. Mama & family makan di Lemon restaurant. Lepas makan, masing-masing tergoda untuk shopping.
Balik ke hotel jalan kaki sambil menjamu mata dan melabur duit kepada pekedai.
Day 3 - 25/5/2015
waktu Thailand dengan Malaysia, awal 1 jam. Jam 7.30 pagi kami dah keluar jalan-jalan sekitar pantai. Oleh kerana kami tidak ambil bilik bersekali sarapan, perlu makan sendiri. Di bilik dah makan maggi dan milo yang dibawa. Tapi mama ayah bawa kereta beli cornflake. Kedai 7 eleven berata-rata ada. Cuma kena teliti apa yang nak dibeli. Ada tanda halal baru pilih. Banyak yang tak ada tanda halal. Roti pun mama tak berani beli.
8.30 pagi, agen yang ditempah untuk melawat pulau, datang. Kami dah menunggu di Reception. kami berkumpul di pantai hadapan Holiday Inn Hotel. Holiday Inn ni sebelah hotel tempat menginap kami.
Bali dari pulau-pulau sekitar jam 2.30 petang. Sampai hotel, ayah dan adik-adik dan beberapa anggota kumpulan lain, berenang mandi kolam pula. Sampai hujan turun baru balik bilik. Kami tidur sekejam. Recharge tenaga. Sekitar jam 5.00 petang kami naik tut-tut ke gerai makanan muslim. Mama masa ni dah betul-betul tak larat jalan. Malan di Bamboo Restaurant. Habis makan jalan-jalan lagi. Tergoda dengan offer. Massage satu badan, Thai massage sejam RM20. Sapa tak terliur kan...
Massage punya la sedap gila. Sebelum ni kerana penat ke pulau-pulau, jalan pun terbongkok-bongkok. Kaki pun macam heret saja. Lepas massage 1jam, dah rasa boleh lari. Apa lagi, kami shopping lagi.
Balik awal dan tidur awal. Esok nak balik awal.
Day 4 - 26/5/2014
Kami bangun seawal 5 pagi. Mama ayah tersedar awal. Lepas seketika baru pihak hotel call. Malam sebelum tu, ayah dah pesan pada reception untuk buat 'wake-up call'. Kami check-out jam 5.30 pagi waktu Krabi atau 6.30 pagi waktu Malaysia. Kami meninggalkan Ao Nang ketika kebanyakan warganya masih tidur. Yang buka hanya kedai 24 jam seperti 7 eleven dan Family Mart. Yang lain semua tutup dan sunyi sepi.
Di check point Thailand, kena urus geran (serah semula borang) dan chop paspotr. Kedudukan keduanya sebelah menyebelah. Kereta kena parking dulu. Macam biasa, buat tak tahu dulu, sampai pegawai imigresen tu minta duit RM1 seorang. Kali ni adik-adik pun kena bayar.
Sampai di Bukit Kayu Hitam, kami scan pasport dan bayar tol RM1.60. Shopping di Bukit Kayu Hitam hingga jam 11 50 pagi dan berkereta laju ke Alor Star. Adik ada urusan di Hotel Regency jam 1.30 tengahari tapi kami terlambat sikit dan sampai jam 1.50 petang
No comments:
Post a Comment