nuffnang

Monday, 26 May 2014

Krabi - 4 Island

Oleh kerana air sedang pasang, bot ambil semua penumpang untuk lawatan ke pulau- pulau dari depan Hotel Holiday Inn.  Oleh kerana Ao Nang Buri Resort terletak disebelah saja, agen ambil kami dan minta kami berjalan kaki saja.


 Pantai sebelum bot datang
 Yang dari hotel yang jauh, agen ambil dengan kenderaan ini.  Sebenarnya lori yang di ubahsuai.  Inilah bas mereka.  kami tidak mengambil pakej yang ditawarkan oleh pihak hotel. Mahal sikit RM100 seorang.  Kami ambil pakej yang ditawar oleh travel agen RM85 seorang
 Berhimpun sementara sementara bot lain dipanggil.  Masa berhimpun ini, tiba-tiba seekor ular hijau yang agak besar, jatuh dari atas pokok. Kena seorang amoi.  Amoi tu cool aje.  Ular menjalar cepat ke celah batu.  Betul-betul depan mama.  Sib baik tak melatah..........

Sebelum bertolak, tulis nama dan butiran peribadi. Agen pelancungan cekap dan bertanggungjawab.  Dia akan pastikan kita tak tinggal sampah di pulau.

 Antara anggota kumpulan kami. Satu bot dalam 30 orang yang dicampur dari pelbagai hotel.
 Mak oii......laju gila bot ini.  Siap korner baring dalam laut.
Bot kami nombor lapan.  Jadi kena tampal no.  Mama tampal di pipi, tapi Princess tak bagi.

No comments:

Post a Comment