nuffnang

Tuesday, 27 May 2014

Krabi - Lunch On Island & Tup Island

Lepas semua orang berpenat lelah 'snokeling', brother bot bawa ke 'other side of island' untuk makan tengahari.  Makan simple saja, nasi + ayam goreng + sayur kobis + labu air masak lemak cili api.  Tapi sebab penat dan lapar, nikmatnya 'full mark'. Mama makan sampai licin.  Ambik hang...... selalu makan tak habis, makan tak lalu, sampai sini macam orang tak makan 10 hari.

 Tourist guard yang bawa kami kata, 'we eat chicken on the chicken island'.  Tourist guard ber penerangan dalam bahasa inggeris. Of cos le, gaya Siam.  Kalau bagus sangat, baik dia jadi perdana Menteri, kan, kan...
Dari  Pulau Ayam (chicken Island) ni, boleh jalan kaki ke Tup Island bila air surut.  Tu....yang nampak kecik je, adalah Tup Island.  Kita tunggu air surut dulu.  Nanti kita pi, ye.  

 Sementara menunggu air surut, kita lena dulu.  Lepas makan, kena angin sepoi-sepoi bahasa (angin ada bahasa ke?), mama rasa sepoi-sepoi manja gitu, mata nak tutup aje.

 Silap masuk gambar dah.  Malas nak buat lain.  Ni kat Pha Nga Cave Island.
 Long tail boat
 Ni pun di Pha Nga
 Pha Nga
 Pha nga
 Pha Nga
 Pha nga
 Pha nga
 Pha Nga
Pha Nga
 Tapi group ni memang boleh mencelikkan mata ayah.  Satu kumpulan semua sama warna.
 Ha......tu nak habak, air surut jam 1.20 petang.  Sabak, kita tunggguuuu......................
 Ni lah, rumah cowboy tempat kami makan tengahari.  Sempoi je.  Macam tempat cowboy betul.
 Princess lena ke.....? Mimpi chicken, ye..........
 Bila air surut, jadi macam bertelok.
 Rehat dulu.  Lepas ni kita jalan kaki menyeberang ke pulau sebelah
 Kalau air laut sampai sini, tak boleh jalan kaki menyeberang ke Pulau Tup.
 Menarik.
 Yeahhh...........air dah almost surut.  Jom kita jalan kaki....................  Ikut pasir yang warna putih.  Itu cetek.  Kiri kanan dalam.
 Sampai Tup Island.  Panas lit-lit, kau.  Elok pakai topi atau pakai patung.  Rasanya kalau budak kecik-kecik boleh demam kot.  Jauh juga lah jalan.  Dalam 15-20 minit gitu.  kalau tak jalan, tak rasa.  Rugi, nak gi lagi bukan senang kan......
 Tup Island
 Pakai kasut ya.  Banyak batu.  Dua tiga kali mama dah terpijak karang.  Sib baik tak luka.




 Jernih.
 Cepat Princess. Nak jalan jauh tu...................
 Berjalan tengah panas, sesuai selimut macam tu.


 Gerai atas bukit Tup Island



 Sampan parking sebelah
Dalam bot sementara menunggu penumpang lain.
 Cuaca memang mervellous.  Perit.  Tapi air botol yang sejuk ada banyak kat dalam bot.  Air mineral dan pepsi.  minum sampai kembung.
 sewaktu dalam perjalanan balik, kami dihidangkan buah tembikai dan nenas yang manis merdu.  Memang terbaik lah.  Seronok kan kalau jadi orang kaya.  Hari-hari boleh rasa seperti ini.  Mama, orang biasa ni, dapat le rasa sekali tak tahu berapa puluh tahun lagi.  Apa pun, syukur kerana diberi peluang untuk merasa.
 Engkau buat apa, dik?? 
 Dari atas bumbung bot.  Jangan tak sangka, ya.  Mok cik panjat bumbung nak ambik gambar.
 Mok Cik terlajak over.
 Dan kami pun selamat balik.  Masa berlepas, kat depan hotel.  Waktu tu air pasang.  Balik melalui Nopparat Beach Jetty.  Sebab air dah surut.  Sampai dah.......
 Maka PATI-PATI pun berjalan meredah hutan pokok ru untuk sampai ke jalan raya. Jeti sebenar yang bumbung putih tu.
 Balik dengan rasa yang amat seronok.  Azam untuk explore lebih banyak bumi Allah ini.
 Kat parking ada banyak gerai jual barang-barang yang sesuai untuk ke pulau.


No comments:

Post a Comment