Pernah tak terjadi, lain yang dirancang, lain yang jadi?
Apakah penerimaan kita?
Sebenarnya, semasa merancang, kita cuba buat perancangan seberapa rapi yang boleh. Ia adalah perkara yang kita hendak ia terjadi. Kita sedaya upaya merancang sesuatu yang paling mudah, paling baik, paling kita sukai terjadi. Kita boleh mengambil masa yang lama untuk merancang.
Semasa perlaksanaan, kita sebenarnya tidak dapat menduga samada apa yang kita mahu terjadi itu akan tercapai atau tidak. Semasa melaksanakan, baru kita tahu halangan dan kekangan yang ada. Semasa pelaksanaan juga, baru kita mencari penyelesaian terbaik agar hasilnya menepati atau hampir tepat dengan yang kita rancangkan. Kita kena pilih penyelesaian terbaik dalam tempoh singkat. Itu yang kadang-kadang menghasilkan result yang tidak seperti perancangan. Kadangkala, halangan dan kekangan telah dijangka. Tetapi mungkin kerana bukan dalam kawalan kita, hasilnya tidak menepati citarasa.
Kenapa mama merepek ni???
Saja. Projek Krabi 4H3M dah jadi cacamarba. Tak tau jadi projek apa dah. Kita tunggu je la.......
No comments:
Post a Comment