Inilah tempat pertama kami berhenti makan. Di kawasan Krabi. Untuk minum kami pesan 2 mango jus, 1 cawan kopi panas dan sebotol air mineral. Bila duduk sahaja, depa hantar ais dalam bucket kecil sekali dengan pengepit. Setiap meja ada 2 botol air mineral. Satu besar dan satu kecil. Mama ambil yang kecil saja. Gelas memang dah sedia atas meja.
Sementara tunggu pesanan, jom kita berangan dulu.........
Makcik ambil gambar hang, hang ambik gambar makcik, ye.
Ice in the bucket. Buatlah apa saja. Buat macam rumah sendiri. Tak tau boleh tambah ke tidak.
Duduk tepi kolam. Ada ikan besar.
Jus mangga yang super sedap.
Kopi ayah. Dihidang bersama sekendi air panas. Dalam air panas dicampur macam herba. Kalau minum air kat kendi tu, macam teh tanpa gula sikit. Kalau kopi terlalu manis, tambah air panas ni.
Ikan 3 sweet sour
Sayur campur
Udang goreng gajus
Tiap meja akan di berikan ulam ini. Mama tak makan langsung. Tak pandai. Sambal belacan tak da.Mama akan sediakan bajet keseluruhan. Nanti boleh semak kemudian.
No comments:
Post a Comment