nuffnang

Sunday, 10 November 2013

Pulau Aman, Penang

Kali kedua ke Pulau Aman selepas beberapa tahun yang lalu.  Dulu jeti nya tak seprti sekarang.  Sekarang dah ada jeti baru.  Tapi perkampungan Pulau Aman masih seperti dahulu.  Tidak ketara sangat perubahannya.  Mama ingat dulu masa kali pertama ke Pulau Aman, anak-anak masih kecil lagi.  Sekarang si sulung pun dah kahwin dan ada anak sendiri.

kami menginap di chalet terapung Pulau Aman.  Rm100.00 untuk sebilik.  Kemudahannya sangat minima.  Bilik ber air-cond, sebuah cerek elektrik dan 2 cawan plastik.  katil, bantal dan selimut tu memang standard dimana-mana hotel.  Disediakan juga tuala mandi dan seketul sabun.  Ada TV di bilik.  Itu saja.

Jadi, jika kita memerlukan lebih dari itu, kena bawa sendiri seperti sudu, mangkuk, tisu dan sebagainya.  Ada kedai runcit disitu yang menjual keperluan harian.  Juga sangat minimun.  Jika kita ada keperluan yang spesifik seperti kopi cap apa-apa atau gula pal sweet, kena bawa sendiri.  Chalet ini tiada kemudahan restauran.  Tetapi ada banyak juga outlet yang menjual makanan disekitar pulau ini.  Tapi ingat untuk stok sikit makanan kerana kedai-kedai biasanya ditutup jam 9.00 malam. 

Masa check ini, mama siap minta nombor telefon contoh tok penghulu dan orang bot.  Bimbang ada keperluan tengah malam.  Chalet ini terletak paling hujung dan terpencil dari perkampungan.  Mama juga menyewa sebuah basikal untuk sehari RM10.00 berserta lampu picit.

Malam tu, sekitar jam 2 atau 3 pagi, hujan lebat (sesangat) disertai guruh petir dan ribut.  Mama dan family memang tak memancing pun malam tu.  Kami rest dan tidur saja.  Tapi masa ribut tu, bimbang juga.  Bilik kami di tingkat paling atas.  Tingkat bawah, untuk orang memancing.  Sejoran caj RM5.  Tapi mama tak bayar pun kerana memang menginap disitu.  Tapi masa ribut tu, mama teringat juga kepada pemancing yang di tingkat bawah.  Tentu sejuk dan takut juga kan.

Mama dan family tak explore pun kawasan kampung, ini kerana dah pernah gi dan tidak banyak berubah.  Kami juga tak makan seafood direstaurant terapung.  Tenguk orang ramai sangat on sunday tu.  Masa sabtu tu, tak tergerak pun nak gi.  Masa tu tengok orang tak seramai sunday.

    

No comments:

Post a Comment