nuffnang

Thursday, 21 November 2013

2D1N Kelantan

Bukit Bunga, Jeli

Dalam perjalanan Ke KB, singgah Bukit Bunga untuk makan dan rehat.  Jika di sini, makanan yang biasa dipesan adalah sup tulang dan nasi putih bersama beberapa lauk lain.  Selepas makan , sebelum memulakan perjalanan semula, kami melepak sambil mengopek buah.  Tak sedar dah makan banyak ni....

 Kat sini buah mata kucing besar dan manis.  Kena cari gerai yang  menjual buah yang fresh.  Mana yang luruh dari tangkai tu, tak nak la.
 Masa ni, baru hari pertama cuti sekolah bagi Penang, Perak.  Tapi hari kedua bagi Kelantan dan Kedah.  Nampaknya masih tidak ramai orang jejalan lagi.
 Gambar tak berapa elok.
Dalam perjalanan balik ke Penang, kami juga singgah disini untuk membeli beras.  Kat sini beras mahal seringgit dari Rantau Panjang.  Itu pun penat minta tawar.

No comments:

Post a Comment