Belanjawan 2014
Belanjawan Malaysia 2014 telah pun dibentangkan oleh PM kita. Kakitangan kerajaan memperolehi setengah bulan gaji. GST dikenakan. Bermakna cukai barang dan perkhidmatan dikenakan. Tak pelik pun sebab sekarang ni pun kita dah kena cukai samada sedar atau tidak. Tapi nanti 2015 nak beli rumah dikenakan cukai. Tapi dah sahih-sahih cukai tu di bagi tau. Macam la ni, segala macam cukai dikenakan tak war-war pun. yang tau bila makan kat fast food kena 10 + 6% cukai. Tapi kalau tiru Korea pun best juga. Depa beli kat kedai kena cukai dan cukai itu diberi nombor untuk rujukan. pas tu depa buat cabutan bertuah, nombor sapa naik dapat hadiah. Best juga kan. Pi mai kita nak beli barang juga untuk kehidupan. Tak kan nak buat sendiri.
Mama tak nak sembang pasal bajet kerajaan, mama nak sembang bajet sendiri:
Tuan/puan yang arif,
Bajet mama tahun 2014 adalah bajet jimat dan kedekut. Ini adalah kerana beberapa faktor dalaman keluarga yang memerlukan komitmen yang tinggi
A. Sara Hidup Tanggungan
Sara hidup Princess
1. Kos sara hidup Jan - Dis Rm 500 x 12 = RM 6,000.00
2. Kos Yuran Pengajian September 2,000.00
3. Kos persiapan diri & pengajian 2,000.00
4. Kos perayaan 1,000.00
5. Kontigensi / luar jangka 1,000.00
Jumlah kecil 12,000.00
Sara hidup DDzat
1. Kos sara hidup Jan - Ogos Rm 850 x 8 = RM 6,800.00
2. Kos Yuran Pengajian Feb 1,200.00
3. Kos perayaan & mula bekerja 3,000.00
5. Kontigensi / luar jangka 1,000.00
Jumlah Kecil 12,000.00
Sara hidup Si Kecil
1. Kos sara hidup Jan - Dis Rm 100 x 12 = RM 1,200.00
2. Kos Yuran/bayaran sekolah /tusyen 1,200.00
3. Kos perayaan 300.00
5. Kontigensi / luar jangka 500.00
Jumlah Kecil 3,200.00
B. Kenderaan & Pengangkutan
1. Pinjaman = RM 7,800.00
2. Minyak Rm 8 x 365 hari 2,920.00
2. Road Tax & Insuran 800.00
3. Service 500.00
4. Kontigensi 480.00
Jumlah Kecil 12,500.00
Sampai sini mama rasa nak pitam sebab rasa macam tak cukup pendapatan. Kita sambung lain kali lah.... nak cari panadol............Nasib baik tak sediakan bajet kerajaan. Kalau tak, 10 tahun pun tak tentu siap....
No comments:
Post a Comment