nuffnang

Saturday, 30 November 2013

3D2N Langkawi - Kuala Perlis

Kami berangkat meninggalkan Jeti Kuala Perlis jam 6.00 petang.  Kereta kami park berhampiran Jeti dengan bayaran RM45.00 untuk 3 hari. 

 Matahari hampir tenggelam sewaktu kami mula nak berlepas menuju ke Langkawi
Perjalanan mengambil masa satu setengah jam.  So, ready lah dengan apa-apa yang disukai jika travel menghampiri senja ni.  Sebab tak banyak view yang boleh dihayati.






Mama main game dalam ipad aje.  Ayah tidur.  Oleh kerana kami duduk barisan kedua hadapan, vedio yang ditayang dapat dihayati dengan jelas.  Feri ni dua tingkat.  Kami dapat tingkat atas.

Thursday, 28 November 2013

Kembong Bakar






Nasi Goreng Udang Kering

Sebenarnya nasi goreng ni tak payah ajar pun tak pa.  Tapi untuk anak-anak mama, Princess dan Si Bongsu, walau simple, memang kena ajar.  Masuk ke blog ni juga untuk rujukan anak-anak terutama tika mereka telah mula hidup berdikari nanti.

Nasi sejuk secukupnya
Kisar dan tumis garing, bawang merah, sedikit belacan, udang kering, cili merah dan cili api.  Berapa banyaknya, agak-agak dengan selera keluarga.
Ikan bilis goreng.

Apabila bahan tumis telah garing, masukkan sayuran.  Masak hingga separuh empuk, masukkan nasi sejuk.  Kacau rata bahan tumis dan nasi.  Jika nak masukkan telur,  pecahkan telur dan goreng hingga masak sebelum masukkan nasi sejuk tadi.  Masukkan perasa iaitu, garam dan serbuk perasa jika suka.  Sebelum angkat, tabur ikan bilis goreng.

Sayuran tu pula, sayuran apa pun boleh.  Cari yang sesuai.  Jangan pulak labu air ke, labu manis ke,  pucuk ubi ke.

Saturday, 23 November 2013

Ala Sushi

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Jom makan ubi kayu

Susu lemak leleh 
Santan kelapa raja
Air liur jangan meleleh
Boleh tengok saja







Friday, 22 November 2013

Gulai Siakap



 Ada panggil kari, ada panggil gulai.  Apa-apa lah.  Sekali sekala masak memang sedap.  Gulai mama simple.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang.  Bila layu campur halba campur.  Tumis sampai garing.  Kisar halus bawang merah, cili kering dan secubit belacan.  Tumis bersama bahan tumis tadi hingga pecah minyak.  Tak pecah minyak tak sedap tau.  Lagi satu kena kacau selalu, hangit tak kaww...

Bila dah pecah minyak, masukkan air, asam jawa extra, garam, perasa.  Masukkan juga tomato yang dipotong dan daun kari.  Bila dah dah mendidih dan rasa dah sesuai, masukkan ikan yang telah dicuci bersih. Bila ikan dah masak masukkan bendi dan cili hijau.
Pasangan gulai siakap adalah siakap goreng.  Cukup dah dengan nasi panas.

Thursday, 21 November 2013

2D1N Kelantan

Penginapan

 Cantik pulak candle holder ni.  Setuju ke dengan mama???
 Ada dinner dengan Pak Menteri.  Tu yang ramai nak naik lif tu.



 Dua queen bed untuk kami 4 beranak.  Amat selesa.  Kami biasa tidur sekatil 3 orang sebab malas nak adjust air-cond.........


 Peti besi ni tak pernah guna.  Takut tak ingat nimbor kombinasinya.  Mama ni, kan selalu blur.....

 Tandas lengkap dengan shower dan bath tub.  Air panas pun laju.  Okay lah kan.







 Banyak-banyak benda, tempat gantung iron dan iron board ni yang mama berkenan sangat.

 Bekas ais tu kekadang guna juga.  Bila order makanan ke bilik, minta depa bawa ais sekali.  Pas tu simpan kat bekas ais.  Biasanya, on the way masa travel, akan beli minuman macam twister ke atau apa-apa.  So, boleh guna ais lah.
 Bila masuk aje ke bilik penginapan, mula-mula, mama akan snap gambar barang-barang yang depa jual dalam bilik macam snack dan air tin dalam peti ais.  Tau kenapa?  Sebab mama pernah hotel nak caj sebab coklat depa tak cukup.  Mama kata mama tak ambik pun.  Tapi depa minta bayar.  Mama tinggi suara la.  Lama bertelagah, baru depa kata ok la.  Seb baik mama yang urus check out masa tu.  So,  bila kena sekali, mama akan berhati-hati setiap kali check in mana-mana.  Ambil gambar dulu.  Nanti apa-apa hal, ada juga sesuatu untuk back-up.

 Tugas pertama setiap kali sampai kemana-mana.  Siapkan pakaian ayah lah.  Itu sangat penting tau.  Letih-letih ni takut terlajak tidur kan...
 Check jam hotel sama tak dengan jam kita.  Takut nanti ter subuh gajah.  Pernah tau.....
 Tutup lampu guna panel hitam tu.  Semua control dari situ.  Tapi mama biasanya lampu kat door way tu mesti remain on saja.  Tak selesa terlalu gelap.

Jom kita tidur dulu........

2D1N Kelantan

Royal Belum