Tapak Semaian Sungai Buluh
Macam-macam anak pokok ada kat sini. Yang ni pokok kopi. Bukan anak lagi dah jadi mak. Siap dah berbuah. Kalau beli, tanam sat dah buah. Tapi harga tak tanya lah. Sebab hanya nak beli anak limau kasturi.
Anak pokok limau nipis. Yang ni mama beli 2 pokok. Sampai rumah terus gi kebun. Rumah dengan kebun bukan dekat. Dalam 20 km gitu. Terus tanam sebab takut mati dalam simpanan. Mama ni bukan ingat sangat nak siram. Sekarang ni musim hujan. Bagus tanam sebab tak yah siram. Pokok masa nak mula tempat baru kena selalu siram. Tapi ni alam semulajadi bagi siram.
Anak pokok kedondong/amra. Dah berbuah lebat walaupun masih kecil. Yang ni pun mama tak beli.
Limau nipis juga
Pokok ciku. Mama memang geram. Tapi tak beli. Lain kali.
Pokok ni namanya mama lupa. agak-agak nak beli. Lain kali.
No comments:
Post a Comment