nuffnang

Friday, 20 September 2013

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Diatas adalah pepatah orang tua-tua.  Jangan pulak kita buat kerja tak cerdik dengan menggenggam bara api.  Itu namanya menyusahkan dan menyeksa diri sendiri. 

Dah tu awat orang tua-tua cakap lagu tu?? Orang tua dulu bila ingin menasihatkan orang muda, tak gemar bercakap direct.  Suka berkias dan berkorner.  Berbanding orang tua zaman sekarang (mama la tu).  Lebih terbuka dan berterus terang.  Orang dulu-dulu tak suka menyakitkan hati orang.  sebab tu cakap berkias.  Takut menyinggung. 

Baiknya berkias, orang yang ditegur tidak melenting bila ditegur.  Mereka memerlukan masa berfikir untuk memahami maksud.  Tapi orang sekarang terlalu sibuk.  sibuk segala-galanya.  Kalau berkias tak tentu hala macam tu, mesti depa ingat kita dah nyanyuk.  Mereka tak da masa nak fikir maksud.  Ada banyak perkara yang mereka mesti kejar. Ataupun orang yang cakap buang masa saja.  Berkorner-korner tapi tidak difahami. 

Pepatah ini sebenarnya menasihatkan kita.  Jika melakukan sesuatu usaha biarlah istiqamah.  Berterusan dan jangan give-up. Barulah nampak hasilnya.  Setelah mengharungi kehidupan sekian lama, mama bersetuju dengan maksud pepatah ini.  Memang betul.  Tanpa usaha berterusan kita tidak nampak kejayaan.  Berapa  lama jangka masa kejayaan??  Bergantung.  Tapi percayalah setakat 10 tahun kebawah tu, kejayaan belum berapa nampak.  Tak boleh juga jika usaha sesuatu, bosan dan buat yang lain. Usaha, bosan, tukar.  Ini juga tidak dapat membuahkan kejayaan maksima.




No comments:

Post a Comment