nuffnang

Monday, 30 September 2013

Kata Orang....

1. Menyimpan Wang

Orang kata:
Simpan wang banyak hanya nampak kat penyata.  Tuan yang menyimpan hidup sekadarnya saja.  Hidup tidak bermakna kerana penat bekerja tetapi tidak dapat menikmati hasil kerja.  Bila dah tiada, semuanya ditinggalkan.  Dan terus tidak dapat merasa.  Kaum kerabat yang seronok mendapat hasil kerja kita.

Rasional Mama:
Bagi mama kehidupan kita kena seimbang.  sebahagian disimpan dan sebahagian untuk menikmati kehidupan.  Fikirkan jika keadaan yang kita benar-benar memerlukan kewangan.  Dimana nak cari dan dimana nak dapat. Apa jadi jika semua kerabat juga seperti kita.  Tahu perhabis wang, tidak menyimpan walau sedikit.  Dimana tempat nak mengadu?? Kenapa cemburu jika kerabat bersukaria dengan wang peninggalan kita.  Kan itu sedekah jariah yang membantu kita selepas ketiadaan kita.  Waktu itu, kita dah tak boleh beribadah untuk menambah pahala.

2.  Membeli Aset  

Orang kata:
Serupalah dengan menyimpan wang diatas.  Nak buat apa.  Nanti kita tinggal.  Penat kita bekerja untuk membayar.  Akhirnya orang lain dapat. Tak nampak pun apa faedah memiliki.  Yang nampak hanya kertas, iaitu geran.  Hasil hanya nampak bila kita jualkannya.

 Rasional Mama:
Sama seperti juga diatas. Nilai aset  akan sentiasa naik.  Kalau tak miliki dari sekarang, tentu lagi susah dimasa akan datang.  Dalam kehidupan kita ni ada fasa-fasa nya.  Jika dah terlanjur melangkau fasa, agak sukar untuk meng 'cover' semula.  Contohnya, Jangkaan membeli rumah sebelum anak-anak bersekolah.  Jika tidak sempat, tentu akan mengganggu perancangan.  Kerana diwaktu tersebut belanja persekolahan anak agak tinggi.  Dicampur pula belanja untuk memiliki aset (wang pendahuluan, bayaran guaman dll)

3.  Insuran Kesihatan

 Orang kata:
Tak perlu.  Kerajaan bertanggungjawab menyediakan semuanya.


 Rasional Mama:
Realitinya, bila kita memerlukan, barulah kita sedar kepentingannya.  Ingat, bila beli polisi kesihatan, ia ada limit.  Selepas beli dalam tempoh sekian (2 atau 3 bulan) baru layak mendapat  perkhidmatannya.  Bukan semua perkhidmatan di hospital kerajaan adalah percuma. 

No comments:

Post a Comment