Jumaat.
Dah hari Jumaat. Yeayyy........suka, suka, suka sangat. Bila Jumaat, akan rancang nak ke mana Sabtu dan Ahad. Nak makan apa. Sabtu dan Ahad adalah family day. Sebab tu seronok. Anak yang duduk asrama akan balik. Yang bestnya mereka balik macam ambil turn pulak. Tak serentak. Macam tau-tau mama tak boleh kesunyian. Best-best. Hujung minggu ni mama dan family rancang nak pi kenduri kahwin di KL. Bagi mama, apa aktiviti pun tak pa. Even dok saja kat rumah pun okay. Janji ada family disisi. Rasa bahagia sangat.
Terima kasih anak. Juga menantu. Terima kasih juga my another half (rusuk kanan ku). Selalu berusaha untuk buat mama rasa bahagia. Terima kasih. Terasa sangat beruntung mempunyai kamu semua dalam kehidupan mama. Moga hidup kalian bahagia di dunia dan akhirat. Aminn...
No comments:
Post a Comment