nuffnang

Monday, 30 September 2013

Mama Rindu Zara

Lama dah tak nampak dia.  Suka renung wajahnya.  Tenang hati.... Suka tengok bila dia tidur.. Nak pegang, nak cium.  Tapi tok ayah selalu sibuk. Nak gi sorang takut tok ayah jeles......
Kata Orang....

1. Menyimpan Wang

Orang kata:
Simpan wang banyak hanya nampak kat penyata.  Tuan yang menyimpan hidup sekadarnya saja.  Hidup tidak bermakna kerana penat bekerja tetapi tidak dapat menikmati hasil kerja.  Bila dah tiada, semuanya ditinggalkan.  Dan terus tidak dapat merasa.  Kaum kerabat yang seronok mendapat hasil kerja kita.

Rasional Mama:
Bagi mama kehidupan kita kena seimbang.  sebahagian disimpan dan sebahagian untuk menikmati kehidupan.  Fikirkan jika keadaan yang kita benar-benar memerlukan kewangan.  Dimana nak cari dan dimana nak dapat. Apa jadi jika semua kerabat juga seperti kita.  Tahu perhabis wang, tidak menyimpan walau sedikit.  Dimana tempat nak mengadu?? Kenapa cemburu jika kerabat bersukaria dengan wang peninggalan kita.  Kan itu sedekah jariah yang membantu kita selepas ketiadaan kita.  Waktu itu, kita dah tak boleh beribadah untuk menambah pahala.

2.  Membeli Aset  

Orang kata:
Serupalah dengan menyimpan wang diatas.  Nak buat apa.  Nanti kita tinggal.  Penat kita bekerja untuk membayar.  Akhirnya orang lain dapat. Tak nampak pun apa faedah memiliki.  Yang nampak hanya kertas, iaitu geran.  Hasil hanya nampak bila kita jualkannya.

 Rasional Mama:
Sama seperti juga diatas. Nilai aset  akan sentiasa naik.  Kalau tak miliki dari sekarang, tentu lagi susah dimasa akan datang.  Dalam kehidupan kita ni ada fasa-fasa nya.  Jika dah terlanjur melangkau fasa, agak sukar untuk meng 'cover' semula.  Contohnya, Jangkaan membeli rumah sebelum anak-anak bersekolah.  Jika tidak sempat, tentu akan mengganggu perancangan.  Kerana diwaktu tersebut belanja persekolahan anak agak tinggi.  Dicampur pula belanja untuk memiliki aset (wang pendahuluan, bayaran guaman dll)

3.  Insuran Kesihatan

 Orang kata:
Tak perlu.  Kerajaan bertanggungjawab menyediakan semuanya.


 Rasional Mama:
Realitinya, bila kita memerlukan, barulah kita sedar kepentingannya.  Ingat, bila beli polisi kesihatan, ia ada limit.  Selepas beli dalam tempoh sekian (2 atau 3 bulan) baru layak mendapat  perkhidmatannya.  Bukan semua perkhidmatan di hospital kerajaan adalah percuma. 
Dividen 2012

Berikut mama catatkan dividen tahun 2012 untuk membantu anak anak mama me mbuat pelaburan.  Apa pun anak mama kena semak semula kesahihannya.  Mama ni pun, kadang rabun, overlook, maklumlah. Dah veteren.  Tak secekap anak mama yang muda belia.

Tabung haji.              8.0 peratus
Asw.                          6.6 peratus
Asb.                           8.9 peratus

Dari sini, fikirkan lah yang mana nak tambah bagi tahun 2013.  Jangan tutup buang. Sebaliknya hanya tambah yang mana jadi pojaan di hati.  Mana baki yang dok Ada tu, biar kan lah.  Buat tak nampak udah le.

Kalau nak tau, mama silap labor kat adik. Sebab mama pilih asw kat dia.  Sspn tak tau lagi berapa nak beri.

Friday, 27 September 2013

Jumaat.

Dah hari Jumaat.  Yeayyy........suka, suka, suka sangat.  Bila Jumaat, akan rancang nak ke mana Sabtu dan Ahad. Nak makan apa. Sabtu dan Ahad adalah family day.  Sebab tu seronok.  Anak yang duduk asrama akan balik.  Yang bestnya mereka balik macam ambil turn pulak. Tak serentak.  Macam tau-tau mama tak boleh kesunyian.  Best-best. Hujung minggu ni mama dan family rancang nak pi kenduri kahwin di KL.  Bagi mama, apa aktiviti pun tak pa.  Even dok saja kat rumah pun okay.  Janji ada family disisi.  Rasa bahagia sangat.

Terima kasih anak.  Juga menantu.  Terima kasih juga my another half (rusuk kanan ku).  Selalu berusaha untuk buat mama rasa bahagia.  Terima kasih.  Terasa sangat beruntung mempunyai kamu semua dalam kehidupan mama.  Moga hidup kalian bahagia di dunia dan akhirat. Aminn...

Saturday, 21 September 2013

Comel Yang Ku Sayang

Bubur ni sebenarnya untuk cucu yang tersayang, Nazifah.  Lama dah dok dalam simpanan tak sempat nak keluarkan.  Hari ni tak dak apa nak buat, so keluarkan lah apa yang ada.  
Oleh kerana teringin bila nampak kesayangan makan, mama pun teringin sama.  Jadi, kenalah modified ikut selera tok mamanya, tambah sambal.

Sedapkan... Dappp...

Friday, 20 September 2013

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Diatas adalah pepatah orang tua-tua.  Jangan pulak kita buat kerja tak cerdik dengan menggenggam bara api.  Itu namanya menyusahkan dan menyeksa diri sendiri. 

Dah tu awat orang tua-tua cakap lagu tu?? Orang tua dulu bila ingin menasihatkan orang muda, tak gemar bercakap direct.  Suka berkias dan berkorner.  Berbanding orang tua zaman sekarang (mama la tu).  Lebih terbuka dan berterus terang.  Orang dulu-dulu tak suka menyakitkan hati orang.  sebab tu cakap berkias.  Takut menyinggung. 

Baiknya berkias, orang yang ditegur tidak melenting bila ditegur.  Mereka memerlukan masa berfikir untuk memahami maksud.  Tapi orang sekarang terlalu sibuk.  sibuk segala-galanya.  Kalau berkias tak tentu hala macam tu, mesti depa ingat kita dah nyanyuk.  Mereka tak da masa nak fikir maksud.  Ada banyak perkara yang mereka mesti kejar. Ataupun orang yang cakap buang masa saja.  Berkorner-korner tapi tidak difahami. 

Pepatah ini sebenarnya menasihatkan kita.  Jika melakukan sesuatu usaha biarlah istiqamah.  Berterusan dan jangan give-up. Barulah nampak hasilnya.  Setelah mengharungi kehidupan sekian lama, mama bersetuju dengan maksud pepatah ini.  Memang betul.  Tanpa usaha berterusan kita tidak nampak kejayaan.  Berapa  lama jangka masa kejayaan??  Bergantung.  Tapi percayalah setakat 10 tahun kebawah tu, kejayaan belum berapa nampak.  Tak boleh juga jika usaha sesuatu, bosan dan buat yang lain. Usaha, bosan, tukar.  Ini juga tidak dapat membuahkan kejayaan maksima.




Thursday, 19 September 2013

Sambal sardin


 Cili padi tu ambil dari kebun di Tekun.  Petik sedikit masa nak balik tadi.  Rasa puas sebab ada juga yang boleh menjimatkan.  Kalau kat Tesco pun kena beli lebih.  Kalau tak, penimbang tak leh baca harga.
Mama tumis bawang putih dan halia yang dicincang tu hingga garing.  Pastu masuk cili padi dan cili merah yang ditumbuk/blend kasar.  Rasa dan jika telah sesuai, matikan api.

Beras Serindit
Stok beras yang mama gunakan di rumah.  Beras serindit.  Beli kat Kelantan.  Samada beli sendiri atau kirim kat orang.  Beras ni dari siam.  Bagus sebab bubuh air macam mana pun tak jadi lembik.  Tetap satu-satu.

Pisang Nangka Goreng
Mak Ngah Lah menebang pisang nangka yang dah tua.  Diberinya mama satu sikat.  Lepas 3 atau 4 hari masak.  Mama goreng lepas sampai rumah petang .

Makan-makan Bersama Princess
 Masa yang terhad bersama Princess dimanafaatkan dengan acara makan-makan.  Lokasinya kiosk Bertam.  Peknga/lempeng kelapa/nyok ni ayah punya.  Sedap.  Makan panas-panas.
 Asam pedas ni mama punya.  Sedap juga.  Tapi ayam kata "kita buat lagi sedap".  Tak sempat cik abang.  Kita makan saja apa yang ada.
Princess punya.  Chicken chop.  Sedap. Harga pun sedap.



Selera Meragam


Sup ayam dan roti putih
Tapak Semaian Sungai Buluh

Macam-macam anak pokok ada kat sini.  Yang ni pokok kopi.  Bukan anak lagi dah jadi mak.  Siap dah berbuah.  Kalau beli, tanam sat dah buah.  Tapi harga tak tanya lah.  Sebab hanya nak beli anak limau kasturi.
 Anak pokok limau nipis.  Yang ni mama beli 2 pokok.  Sampai rumah terus gi kebun.  Rumah dengan kebun bukan dekat.  Dalam 20 km gitu.  Terus tanam sebab takut mati dalam simpanan.  Mama ni bukan ingat sangat nak siram.  Sekarang ni musim hujan.  Bagus tanam sebab tak yah siram.  Pokok masa nak mula tempat baru kena selalu siram.  Tapi ni alam semulajadi bagi siram.
 Anak pokok kedondong/amra.  Dah berbuah lebat walaupun masih kecil.  Yang ni pun mama tak beli.
 Limau nipis juga
 Pokok ciku.  Mama memang geram.  Tapi tak beli.  Lain kali.
Pokok ni namanya mama lupa.  agak-agak nak beli.  Lain kali.

Wednesday, 18 September 2013

Pencapaian Sejajar Usia

Usia 20an
Diusia ini kita perlu:
  • memulakan alam kerjaya.
  • memantapkan alam kerjaya
  • memulakan kehidupan berkeluarga
  • Memiliki kenderaan sendiri
  • Menyimpan untuk pendahuluan rumah

Usia 30an
Diusia ini kita perlu:
  • Telah memiliki rumah sendiri
  • Telah memiliki insuran kesihatan diri, pasangan dan keluarga
  • Telah memilik simpanan/tabungan
  • Memiliki kerjaya yang stabil

Usia 40an
Diusia ini kita perlu:
  • Mantap disegi kerohanian
  • Menunaikan semua rukun islam
  • Melebihkan aktiviti kemasyarakatan
  • Hubungan mantap bersama pasangan

Usia 50an dan seterusnya
Diusia ini kita perlu:
  • Mengekalkan tahap kesihatan
  • Membantu anak-anak mencapai target dalam kehidupan
  • Menyebar ilmu yang bermanafaat
Semoga bermanafaat

Sunday, 8 September 2013


Impian
 Mama dari dulu lagi mengimpikan untuk memiliki sebuah 'guest house'.  Sampai la ni masih di peringkat angan-angan.
 Banyak koleksi  dan 'guest house' orang lain yang telah di survey.  Tapi impian masih tinggal impian.
 Bila agaknya nak menjadi pun tak pasti.................

Borong Udang

Dalam sekilo lebih diborong dengan harga RM65.00.  Mahal atau murah, ya......entahlah tak tahu nak nilai.
Terlambat sudah.....






Mama dan family makan masa gi pasar borong ikan bisik2.  Lambat dah baru nak keluar....
Menu Ahad

Hari ni masak dirumah Fiza.  Pagi buat nasi goreng.  Tengahari buat asam pedas ikan kembung, sambal jawa dan ayam goreng.  Tapi tak sempat ambil gambar.  apapun mama sertakan resipi untuk rujukan semua.

Ibu Sambal

kisar
cili kering  2 genggam
bawang merah  2labu bawang besar 10 ulas bawang putih
bawang putih 5 ulas
belacan setengah inci

1.  Goreng hingga garing menggunakan minyak.  agak-agak minyak sekadar boleh menggoreng cili yang dikisar

Asam pedas Ikan kembung
1.  Jerang air.  agak-agak dalam 2 cawan.  Masukkan asam keping.  Hingga mendidih
2.  Masukkan ibu sambal.  Agak-agak.  Tambah garam, asam jawa (tidak terlalu banyak) dan perasa
3.  Bila rasa telah sesuai, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
4.  Bila kuah telah sesuai dengan citarasa kita, masukkan ikan.  Kecilkan api.  Biarkan mendidih dan masak.

Sambal Jawa

Potong kecil dan goreng dahulu
Tempe
Tauhu basah

1.  Potong kacang panjang anggaran 1 inci.
2.  Masukkan ibu sambal dalam kuali.  Tambah asam jawa, gula , garam, perasa dan air setengan cawan
3.  Masukkan kacang panjang. Goreng hingga empuk.
4.  Campur suun dan tahu kering (pucuk)
5.  Campur tempe dan tauhu goreng.


Sabar

Kesabaran amat penting dalam kehidupan.  Semakin dewasa seseorang semakin perlu meningkatkan kesabaran dalam diri.  Sabar bukan bererti kalah.  Sabar bukan bererti bodoh.  Sabar bererti menang.  Bererti pandai.  Semakin baik perkerti seseorang, semakin sabar dirinya. 

Orang yang dapat bersabar dalam kemarahan, dapat berfikir lebih waras.  Mindanya tidak mudah ditakluk oleh orang lain.  Sebab tu, kalau nak mengalahkan musuh kena buat dia marah.  agar ketika marah, dia akan mudah buat silap dan mudah dipengaruhi.

Orang yang tidak sabar, mudah menerima implikasi yang negatif. 

Tapi mama ni dah rasa tak sabar.  Tadi tengok Diamond Creek.  Aduh.....geram.  Rasa mcm nak memiliki satu kediaman disitu.  Sabar.......fikir banyak-banyak.......tak sabar mudah buat silap......