Sambal tempe kacang panjang
Bila dah sampai penghujung Ramadhan, lauk berkuah dah tak berapa nak jalan di rumah mama. Oleh itu, mama rancangkan masakan kering-kering sahaja. Lagi pun lauk kering tahan sampai sahur. Jimat masa merancang masakan untuk sahur esok.
Sambal tempe kacang panjang
Tempe - potong kecil dan digoreng
kacang panjang - potong anggaran 1 inci
bawang besar - potong bulat
sambal - cili kering, bawang, belacan - ditumis hingga garing campur asam jawa, gula, gula melaka dan garam. Adjust rasa sehingga menepati selera.
1. Tumis bawang hingga layu. Masukkan kacang panjang
2. Goreng hingga kacang separuh empuk. Masukkan sambal dan sedikit air
3. Masukkan tempe. Kacau sebati dan angkat.
No comments:
Post a Comment