nuffnang

Wednesday, 31 July 2013

Masak Lemak Ikan Talang Dan Belimbing Buluh

Belimbing buluh dari rumah Mak Jang Perlis.  Ayah geram sangat tengok belimbing tersebut dan petik bawa balik.
Di rumah mama masak lemak cili api ikan talang segar dan campur belimbing buluh tersebut.  Bumbu masak lemak tu biasa saja.  Tapi mama racik halus daun kunyit dan masukkan dalam masak lemak tersebut. Mama juga masukkan 2 helai daun limau purut bagi aromanya lagi kawww...

Terubuk Bakar Sambal Kicap
Ikan terubuk sais kecil ini, mama beli dari Tesco sebelah rumah.  mama tak buat air asam tapi buat sambal kicap.  Mudah.  Cili api, bawang putih dan gula di tumbuk atau kisar.  Mama kisar guna 'chopper'.  Pastu keluarkan tambah kicap.  kalau di Johor, orang guna sambal kicap ini untuk makan cecah dengan goreng pisang.  Di sana goreng pisang dimakan dengan pencicah. 
pssst... pisang emas yang kekuningan tu, dapat dari kebun kat Tekun.
Gulai Pisang Dan Udang

Pisang Tekun berbuah lagi.  Sampai tak larat nak menggulai dah.  Tak tau nak buat apa dengan pisang abu tu. 
Daun kari kat atas tu pun diambil dari kebun di Tekun. 
Ikan Talang Kering Masak Asam

Stok ikan talang masin masih banyak.  Ayah beli stok ini masa menantu berada di hospital kerana bersalin.  Bila menantu dah balik ke Alor Star untuk menjalani tempoh berpantang, stok ikan kering masih banyak.  Jadi mama masak sikit-sikit.  Maklumkah.  Bukan ada orang lain nak makan selain mama dan ayah sahaja.
Ikan talang kering.  Bersihkan.  Potong kecil dan goreng garing.  Potong bawang besar, bawang putih, halis dan cabai hidup merah dan hijau.  Goreng semua bahan potong diatas hingga garing.  Masukkan asam jawa dan sedikit perasa.  Campurkan ikan kering goreng tadi dan hidang

Cucur Ramadhan
Sepanjang Ramadhan, cucur amat digemari.  Mama goring cucur 15 minit sebelum berbuka.  Dua kali round menggoreng dah mencukupi.
Pisang awak diambil dari dapur Mak Jang Perlis.  Sedap.  Manis dan masih belum terlalu ranum.
Cucur cempedak juga amat disukai.  Sebiji cempedak boleh digoreng 2 kali. 

Selangat goreng
Ikan ni kecil-kecil.  Tapi durinya banyak.  Rasanya sangat lemak manis.  Sedap tapi tak tahan dengan durinya yang banyak.
Oleh itu, selepas disiang dan dibersihkan, lumur dengan garam kunyit. Perap dalam 5 - 10 minit dan goreng garing.  Makan panas-panas.  Durinya yang banyak itu juga akan menjadi garing dan crispy.

Juadah Sahur
Diawal Ramadhan, memang semua famili bangun makan sahur.  Tetapi bila Ramadhan telah menginjak usianya,  hanya mama dan ayah, menjadi pemain tetapnya.  Memang tak berapa nak jalan.  Tapi memeikirkan faktor usia,  mama ayah gagah juga bersahur.  Tak banyak yang mama masak pagi ini.  Udang goreng rangup dan telur dadar disamping nasi panas.
Udang goreng rangup

Udang - buang kepala dan kulit.  Tetapi tinggalkan sedikit ekornya
Tepung rangup -  yang macam tepung goreng pisang tu.
telor 1 biji - pecahkan dan kacau dengan whisk atau garpu.
cili merah dan cili hijau

1.  celop udang dalam tepung hingga rata.  Ketuk-ketuk sedikit.
2.  celop udang bersalut tepung kedalam telor.  Rata-ratakan.
3.  ulang step 1 dan 2.  Ulang hingga kita puashati dengan ketebalannya.
4.  Goreng dengan minyak panas hingga gareng.
5.  Last sekali, goreng cabai sekejap dan angkat.  Hidang.
Kerutup udang

Masa menyedia makanan yang amat terhad.  Waktu berbuka di Pulau Pinang ketika ini jam 7.37 malam.  Jam 6.30 petang, mama baru balik.  Macam-macam kerja nak buat.  Syukur dikurniakan hbby yang baik dan cekap di dapur.  Syukur sangat-sangat. 
Kerutup Udang

Kisar
3 biji Bawang merah
4 biji Bawang putih
1 inci Halia
3 hirisan Lengkuas
2 biji cili merah

udang - buang muncung tajam
santan
daun bawang
kerisik
sambal - cili kering, bawang merah, belacan ditumis garing dan campur asam jawa, gula garam perasa dan gula melaka.

serai
kayu manis
bunga lawang
buah pelaga

1.  Tunis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan serai yang dititik hingga wangi.
2.  Masukkan bahan kisar. Goreng hingga garing.
3.  Masukkan sambal
4.  Masukkan santan atau susu atau air kosong.  Ikut pilihan sendiri.
5.  Masukkan kerisik dan udang.  Udang tu, goreng asing separuh masak terlebih dahulu. Masukkan daun bawang yang di patah panjang.

Sambal tempe kacang panjang

Bila dah sampai penghujung Ramadhan, lauk berkuah dah tak berapa nak jalan di rumah mama.  Oleh itu, mama rancangkan masakan kering-kering sahaja.  Lagi pun lauk kering tahan sampai sahur.  Jimat masa merancang masakan untuk sahur esok.
Sambal tempe kacang panjang

Tempe - potong kecil dan digoreng
kacang panjang - potong anggaran 1 inci
bawang besar - potong bulat
sambal  - cili kering, bawang, belacan - ditumis hingga garing campur asam jawa, gula, gula melaka dan garam. Adjust rasa sehingga menepati selera.

1.  Tumis bawang hingga layu.  Masukkan kacang panjang
2.  Goreng hingga kacang separuh empuk.  Masukkan sambal dan sedikit air
3.  Masukkan tempe. Kacau sebati dan angkat.

Monday, 22 July 2013

Sambal Ikan Tongkol

Sambal ni ayah yang buat.  Mama sempat goreng ikan dan buat persiapan bahan.  Masa mula nak menumis sakit belakang yang amat.  So. ayah sambung.  Resepi macam masak sambal lain juga.


Tempe Sambal Kicap

Tempe goreng biasa saja.  Sambal kicap tu, senang saja.  Cili api dan bawang putih di tumbuk.  Campur gula sekadar manis.  Bila lumat campur kicap dan sebatikan
Pengat atau serawa,  memang tak laku di rumah.  Banyak ni yang makan, hanya mama seorang.
Tak habis boleh simpan di peti ais untuk hari seterusnya.

 Mee sanggul Goreng



pais ikan langkah demi langkah

1.  Sediakan daun pisang yang sesuai untuk pais.
2.  Alaskan daun kaduk.
3.  Letakkan paste pais




letakkan ketulan ikan tenggiri.  Seketul potongan ikan dibelah tengah.  Gunakan setengah ketul itu untuk satu bungkusan pais.
 Tutup potongan ikan dengan paste pais.  Letakkan lagi sehelai daun kaduk.  Dan bungkus kemas pais.
 Pais di bungkus dua cara.  Satu yang macam lepat ubi dan satu lagi yang macam tapai.

 Kenapa bungkus asing-asing?  Sebab setengah nak kukus dan setengah lagi nak bakar dalam oven.



 Mana lebih sedap?  Bakar atau kukus?  Jawapannya bergantung dengan selera masing-masing.


lastly, resipi pais ikan tenggiri

6 ketul ikan tenggiri , di belah tengah menjadi dua.
Daun pisang
daun kaduk

santan
cili api
halia
lengkuas
serai
ketumbar biji
jintan manis
jintan putih
bawang merah
telor
daun kunyit, garam, gula

1.  Kisar bawang merah, cili api, halia, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan jintan putih hingga halus dalam santan.
2.  Masukkan kepala parut dan kisar sampai halus.
3.  Jerangan atas api kecil hingga paste pekat.  Tambah sedikit garam dan gula. Tutup api dan biar suam.
4.  Pecahkan telor, pukul dengan garpu dan campur kedalam paste.  Gaul sebati.  Campur daun kunyit yang di mayang halus.
5.  Paste telah boleh digunakan untuk menyalut ikan.