Kepangkuan Bonda
Mama balik kampung di Johor selama 4.5H4M. Tiap anak pasti bahagia tatkala kembali ke kampung halaman. Mama pun macam tu. Bila balik kampung sangat sentimental. Ini lah rumah bonda mama. Di rumah ini mama dibesarkan. Bonda dan bapak pindah ke rumah ini sewaktu mama berusia 5 tahun. Dah lebih 40 tahun. Ha.... lama tu. Disekitar ini lah mama main hujan. Main tembak- tembak. Main police-and-thief. Main 'cap-tey'. Mama jalan kaki ke sekolah. Jauh juga ke sekolah. Belakang rumah ada macam-macam pokok buah-buahan. Durian, nangka, cempedak, rambai, rambutan, pisang,kelapa, manggis dan pelbagai pokok untuk masakan seperti pokok kari, daun pandan, serai, halia, lengkuas, dan pelbagai lagi.
Dari mama kecil hingga mama dah tua, bonda memang 'sejuk tangan' menanam cili api. Campak saja dimana, insyaAllah akan akan menjadi. Ini antara pokok cili api bonda.
No comments:
Post a Comment