Mama masih Di Sini
Mama sebenarnya ada macam-macam story. Tapi masa terlalu ketat. Sehari dua ni mama rasa tidur pun tak berapa nak cukup. Entry ini mama hanya boleh cerita tentang diari/aktiviti mama sahaja ya.
Khamis 24 Januari 2013
Cuti Umum. Mama hanya habis kan masa dirumah. Menguruskan kerja-kerja rumah yang tidak pernah berkesudahan.
Jumaat 25 Januari 2013
Seawal jam 7.30 pagi mama memulakan rutin kehidupan. Menghantar Si Bongsu ke sekolah dan membeli sarapan pagi untuk famili. Mama kemudiannya bersilat berkungfu mengemas dan mengumpul barang terpakai untuk ke kedai recycle. Kemudian mama paksa my darling Ayah untuk bantu;
i) Hantar pakaian ke dobi
ii) Ke kedai recycle
iii)Berurusan dengan Tabung Haji
iv)Makan tengahari di Bayan Lepas
v) Mengambil Si Bongsu yang gebu dari sekolah
vii)Menghantar kawan-kawan Si Bongsu yang menumpang balik ke rumah.
viii)Membayar service fund di apartment kami.
Dan petangnya dihabiskan dengan menyambung kerja-kerja di rumah.
Sabtu 26 Januari 2013
Macam biasa mama ada urusan tetap di klinik USM sehingga jam 2.00 petang. Baliknya rehat sebentar sambil tengok hindustan. Ayah memang peminat tegar hindustan tau. Jan 5.30 petang mama sekeluarga bertolak ke Taiping.
Sampai Taiping sekitar jam 7.00 malam. Selepas mengambil menantu dan cucu, kami bertolak ke Tanjung Malim melawat anak lelaki mama yang tidak dapat bercuti. Mama ok. Kalau anak tak dapat balik, mama akan ke tempat mereka. Tak payah nak berkira. Kalau orang dulu-dulu, anak yang kena melawat ibubapa. Tapi mama rasa mentaliti tu kena tukar, siapa berkelapangan yang datang melawat.
Ahad 27 Januari 2013
Mama sekeluarga bertolak balik ke Penang sekitar jam 7.00 malam. Sampai di Taiping kira-kira jam 11.00 malam dan mama bermalam semalam di rumah menantu.
Isnin 28 Januari 2013
Mama bertolak balik ke rumah jam 7.30 pagi. Cadangnya nak bertolak selepas subuh. Tapi adik dua orang tu cukup liat bangun pagi. Akhirnya kami sampai balik jam 9.00 pagi.
No comments:
Post a Comment