nuffnang

Tuesday, 25 December 2012

Kedamaian di bendang
 Mama dan keluarga menghadiri kenduri akikah di rumah Cikgu Manap di Alor Star.  Tahniah atas anugerah cucu ke 4.  Moga kehidupan akan datang lebih baik dari sebelumnya.  Selepas hampir sejam di Alor Star, kami bertolak ke Perlis pula.  Ke rumah biras mana.  Abang ipar telah lama tiada.  Hanya tinggal biras dan anaknya.  Sampai disana, biras sedang bersiap-siap hendak ke bendang.  Apa lagi, kami sekeluarga mengikut meronda ke bendang.
 Angin sejuk, segar dan nyaman menyapa.  Minda terasa damai dan tenang.  Yang ada bendang di kampung tu, rajin-rajin lah balik.  Selain mengeratkan silatulrahim dengan keluarga, minda memperolehi terapinya.
 Nikmatilah anugerah Nya ini.  Hiruplah udaranya sepuas hati.  Untuk yang memang dah tinggal di kampung seperti ini, kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi.

 Kalau bertandang ke Perlis, memang tak sah jika tidak membawa pulang..............
Yang ini lah.  Keliling rumah biras banyak pokok mempelam pelbagai jenis.  Sebelum balik, ini lah untuk kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment