nuffnang

Sunday, 23 December 2012

Langkawi  -  Day 1

Percaya atau tidak, untuk pertama kali mama memandu yang paling jauh sepanjang sejarah memandu mama.  Dari Penang ke Kuala Perlis.  Mama ditemani Paan dan Princess, ke Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis.  Kami bertolak dari Penang sekitar jam 1.40 petang, 21 Dis yang lepas.  Mama ada urusan sebelah pagi, tanpa mengambil lunch terlebih dahulu, kami terus bertolak.  Bimbang lambat. Feri terakhir jam 7 malam.  Kami berhenti di Hentian Gurun untuk mengisi petrol dan lunch kami dari dapur KFC Hentian Gurun.
 Perjalanan melepasi Jitra, menggamit kenangan silam.  Mama dan anak-anak pernah tinggal di Sintok sekitar tahun 1994-1996.  Jo Cendol Pulut tu, antara tempat yang menjadi favorite  kami ketika itu.  Itupun jika ayah (hbby) balik sahaja.  Hbby masa tu tinggal di Shah Alam, Selangor.  Tapi mama tak berani nak singgah kerana bimbang tidak dapat sampai 'on time'.  Maklumlah.  Mama drive tak laju.  Biar lambat macam kura-kura.  Jangan selaju arnab.
 Nostalgia suatu masa dahulu.  Masa tu pembangunan Changlun tak sepesat hari ini.  Nak isi minyak, hanya ni yang ada.
 Klinik ni pernah menjadi klinik keluarga mama.  Princess pun scan kat sini.
 ah... dah dekat ni............... Moga-moga dipermudahkanNya...........
 Tawakal sahaja lah......Bukan pandai pun cari jalan.  Sebab tu ikut jalan Changlun - Kuala Perlis.  Kalau pandai baik ikut jalan Alor Star.  Macam dekat sikit kot.  Dari sesat dalam pekan Alor Star cari jalan Kuala Perlis, baik mama ikut highway.  Jauh sikit tapi memudahkan.
 Dan akhirnya, mama jumpa jalan depan Hotel Putra Brasmana tu.  Mama pernah menginap di sini 2 kali.  Hbby bawa.  Sebab tu macam ingat jalan ke sini.  Pusing-pusing cari parking.  Ada mat motosikal gamit-gamit. Mama ikut saja.  Lastly dapat park di belakang stesyen bas.  Walaupun agak jauh, mama rasa lebih baik park situ.  Mama ni bukan cekap sangat park macam orang lain.

Kena bayar parking untuk 3 hari.  Sehari caj parking RM15.  Tiga hari RM45.  Tak dapat kata apa.  Kerana bukan tempat kitakan.........Mama sampai dah jam 4.30 petang.  Walau dah petang, bayar parking tetap untuk 1 hari.
 Kena line-up panjang untuk membeli tiket feri.   Suasananya cuku tidak kondusif.  Panas, sesak dan sampah dimerata-rata tempat.  Nak cari tandas susah.  No signage you......


 Tiket kami.  Caj feri untuk seorang RM18.  Kami beli jam 5.00 petang, tapi dapat untuk feri jam 7.00 malam.  Tak sabar nak jumpa hbby.  Hbby dah ada di Langkawi dari semalam (orang Penang kata kelmarin).  Semalam dan kelmarin ni selalu menimbulkan masalah komunikasi antara mama (orang selatan dan family - utara) 27 tahun yang lalu.  Lastly nak beri kefahaman semua, mama sebut yesterday sahaja.  Hahahaha.............
 Inikah feri yang bakal kami naiki?????????
 Bukan, bukan yang ni.......
 Yang ini.........  Dalam hiruk- pikuk,  pengumuman melalui healeer (betul ke ejaan??).  
 Ini dia......... Kemudahan feri lebih baik dari dulu.  Syukur.............
 Feri meninggalkan dermaga.................
 Semakin menjauhi dermaga.
 alhamdulilah sampai dah sekitar jam 8.00 malam.  Disambut dengan hujan renyai.  Terasa kesejukan diatas jeti.
 Sampai di Jetty Point.  Masih ramai orang walaupun feri terakhir.
 Kami tunggu hbby pick-up di Bistro ini.
 Sampai tempat tujuan.  Disini lah kami sehingga Ahad, 23 Dis.
 Mama, Paan dan Princess berehat sebentar.  Kemudian kami memulakan misi penting.  Meronda mencari makan.  Mama makan di kedai nasi kandar berhampiran.  Punyalah ramai.  Nak makan pun tak selesa.  Makan ajelah apa yang ada.  Dari tengahari tak makan nasi lagi.  So, makan nasi kandar lah.  
 Lepas makan, jejalan.  Nampak ada banyak lampu warna warni tepi laut.  Sajak ajak budak dua orang tu usha-usha.  Tengok apa yang ada.  Macam seronok aje.  Kami masuklah.  Amboi....... candle-lite cafe lah.  Ajak depa 2 orang makan lagi sekali.  Very romantic ambience..........(tul ke eja.  Hantam aje lah).
Sekitar jam 12 , kami menapak balik ke bilik.  Lokasi baik juga.  dekat dengan kompleks Pekan Rahu dan Mesjid Hana.

No comments:

Post a Comment