nuffnang

Friday, 14 December 2012

Si Dara Berembun Malam
 Anak dara mama kelaparan tengah malam.  Kat dapur dah tiada apa yang menarik selera.  Mama dan si dara keluar mencari makan di tengah malam.  Dulu-dulu, waktu mama seusia anak, memang tak berani nak keluar malam.  Takut hantu.  Keluar rumah waktu malam pun dah mengerikan.  Ini kan lagi nak keluar jauh dari rumah.  Waktu itu, kejadian-kejadian tidak diingini memang kurang berbanding sekarang. Ketakutan berfokus kepada hantu saja.

Hari ini, pelbagai risiko malam yang mungkin berlaku.  Yang tidak terjangkau dek akal mak bapak kita seusia kita sekarang.  Orang sekarang bukan takut hantu tapi takut orang.

Mama memesan beef steak dan anak dara memesan makanan ala Thai.  Hah..... lepas kerinduan pada beef steak.  Lama sungguh tak makan.  Jika ada hbby dah tentu dia marah dan tak beri pesanan makanan western ni.  Pantang betul.

No comments:

Post a Comment