Kakitangan kerajaan akan mendapat bonus seperti yang diumumkan dalam pembentangan bajet Oktober lepas. Bonus akan dibayar bersama pembayaran gaji bulan Disember 2012. Tentu dah ramai yang mencongak-congak bagaimana bonus tersebut dibelanjakan.
Pandangan dari mama, jika ada yang sudi memanafaatkannya. Tak berupaya melaksanakan semua pun, dapat sebahagian kecil pun jadilah.
1. Simpan dalam SSPN agar dapat diambil kira untuk pengecualian cukai tahun 2012. Declaration sebelum 30 April 2013 untuk pendapatan 2012.
2. Bayar lebih untuk kredit kad atau langsaikan hutang yang berfaedah tinggi.
3. Bayar zakat untuk tahun 2012 agar boleh diambilkira pelepasan cukai 2012.
4. Tambah saham contohnya Bank Persatuan jika masih belum mencapai amaun maksima.
5. Simpan atau tambah dalam simpanan Tabung Haji. Tabung Haji ketika ini masih memberikan pulangan dividen yang tinggi.
6. Langsaikan bil tertunggak
a. Bil api dan air
b. bil internet
c. Bil pembentungan
d. Bil cukai pintu
e. Bil cukai tanah
f. Maintenance/service (jika duduk di apartment/kondo)
7. Masa ni lah yang paling sesuai untuk menyenggara kereta , tukar tayar jika perlu dan lain-lain berhubung kait kenderaan yang tertangguh.
8. Bereskan belanja persekolahan anak. Selesaikan bukunya, lengkapkan pakaian dan kelengkapan sekolah.
Jika masih ada lebihan selepas perkara diatas, boleh lah,,,,,, kita enjoy...........(tangan tunjuk atas)
No comments:
Post a Comment