Langkawi - Day 3
After breakfast, kami terus ke jeti untuk menempah tiket balik. Ramainya orang. Kami dapat tiket untuk feri jam 4 petang. Ada beberapa jam lagi sebelum check-out. So, kami meronda area Royal Yacth Club. Gambar ni berhampiran Westin Hotel. Cantik kan.Tak tahu nak kemana. Kami meronda ke Padang Matsirat. Dalam perjalanan, teringin lepak di atas bukit pemandangan indah. Tenang tempat ni di waktu pagi.
Ramai sangat orang di area Beras Terbakar ni. Sesak. Kami singgah sekejap aje lah.
Dari Padang Matsirat, kami berpatah balik ke pekan Kuah. Menyusuri Jalan Penarak dan mencari-cari nostalgia lama. Mencari Captain Resort, tapi dah tak ada. Terus ke Pantai Beringin. Hbby pernah melakukan aktiviti rekreasi bersama kumpulannya di pantai ini.
Kami sempat singgah makan tengahari di gerai kampung dari Pantai Beringin ke pekan Kuah. Not bad. Masakan kampung. Tak sempat snap gambar.
Balik ke hotel, berkemas dan check out. Dan ini hasilnya.
Princess dapat beg baru. Pink kaler lagi. Ikut suka lah. Asal happy....
Sementara menunggu feri, sempat menjenguk eagle dari jauh.
No comments:
Post a Comment