nuffnang

Saturday, 22 September 2012

Lempeng Manis

Dipagi Ahad yang tenang ini,  memang malas nak kemana-mana.  Bergolek-golek sambil tonton TV memang pilihan mengasyikkan.  Walaupun begitu aktiviti makan tetap 'on' juga.  Jadi mama sediakan yang simple saja untuk kami 4 beranak.

 Resipi lempeng manis:

 2 biji telor
1 camca gula
1 camca kecil garam
3 senduk tepung gandum
air

1.  satukan kesemua bahan.. Kacau sikit.  Masukkan kedalam blender dan blend sebati.
2.  Panaskan kuali.  Tuang sedikit minyak zaitun.  Ratakan dengan tisu.
3.  Tuang dua senduk kecil adunan dan jadikan seperti bulatan  dikuali.  Angkat bila elok masaknya.


Nota:

Jika inginkan lempeng yang anjal macam apam balik tu, tambah baking powder setengah camca kecil.  Mama sukakan yang natural.

Tambah daun bawang dan cabai merah dipotong kecil jika suka.  Untuk lebih menarik.

Selamat berhari minggu.
Semoga ceria selalu.

No comments:

Post a Comment