nuffnang

Sunday, 23 September 2012

Ketam Bercili

 Setengah orang jika makan ketam, nanti bibir jadi seksi (muncung kedepan)  kerana alergi. Macam macam dilakukan seperti basuh dengan limau kasturi, asam jawa lah dan macam-macam  untuk mengurangi alergi.  Pelbagai masakan boleh dimasak dari bahan asas ketam.  Boleh goreng kunyit, goreng dengan tepung, masak lemak cili api, masak kari atau masak dengan cabai.  Tengahari Ahad ini, mama masak dengan cili kering.  Jim tengok macam mana cara mama ni;
                                                    7 ekor ketam saiz sedang

Kisar halus
20 - 30 biji cili kering (kurang pedas)
2 labu bawang merah
1 inci belacan

1.  Tumis hingga garing bahan kisar
2.  Masukkan sos cili, garam, gula, perasa, asam jawa.
3.  Masukkan ketam yang di basuh bersih.
4.  Masak hingga kuah agak pekat.

 Sayur Boncis Goreng dan ikan kerapu goreng sebagai pelengkap hidangan tengahari kami sekeluarga.


 1.  Tumis bawang putih yang dicincang hingga harum.  Masukkan udang basah.  Goreng hingga udang masak.
2.  Masukkan boncis, cili merah dan bawang merah besar.  Masukkan garam.  Goreng hingga elok empuknya

No comments:

Post a Comment