Puas mama fikirkan. patut atau tidak topik ini dipublish. Dan akhirnya, fikir baik saja. Mungkin ada manafaatnya kepada yang lain. Sedikit panduan yang mama nak kongsi bersama.
- Untuk menjayakan majlis perkahwinan, sebaiknya lihat keupayaan kita dahulu. Prinsip mama, mama dengar sahaja cadangan orang. Mama ambil jika sesuai dan mampu. Mama abai sahaja jika tidak perlu.
Berikut cadangan belanjawan, jika sesuai:
Perkara RM
1. Wang Hantaran 8,000.00
2. Mas kahwin 1,700.00
3. Pekaj Mak Andam 1,900.00
- Baju & Kelengkapan Pengantin
- Solekan
- Meja Makan Beradap
- Meja Kek
4. Upah gubahan hantaran 250.00
5. Kad kahwin & banner 350.00
6. Kek (Beli secara on-line) 200.00
7. Barang Kemas (upacara batal air 1,500.00
sembahyang)
8. Upah jurugambar 600.00
9. Kenduri
- Caterer 6,300.00
- Sewa Kerusi meja, alasnya 550.00
- Upah pencucian 150.00
10. Cenderahati
- Beg, riben dll 250.00
- Telor, jeruk ,snack 550.00
11. Cadar & kelengkapan bilik tidur 600.00
12. Homestay, mengunjung pengantin 500.00
JUMLAH 23,400.00
2. Belanja untuk 'touch-up' rumah perlu dibuat sedikit demi sedikit sebelum majlis berlangsung. Belanja ini mengikut kemampuan kita. Begitu juga katil dan almari bilik pengantin. Tukar sekadar kemampuan kita. Jika tiada masa untuk mencuci kediaman ketika sibuk persediaan kenduri, sebaiknya diupah keada pihak lain.
3. Dua atau tiga hari sebelum majlis kenduri, sanak saudara akan datang berkunjung untuk membantu. Untuk yang tinggal di kampung, mungkin kurang masalah untuk menyediakan sedikit jamuan. Tetapi ramai antara kita yang tinggal di bandar dan bekerja. Oleh itu, katerer juga perlu dikenalpasti dan bajetnya juga perlu disediakan.
4. Barang hantaran sebaiknya untuk keperluan pengantin. Maksud mama barang yang kedua pengantin perlukan. Contoh, pengantin perlu tali pinggang kerana hanya ada satu sekarang. Oleh itu, hantaran talipinggang diperlukan, jadi beli talipinggang sebagai hantaran. Belanjawan diatas tidak mengambil kira barang hantaran.
No comments:
Post a Comment