nuffnang

Friday, 21 September 2012

Gulai Sembilang Ala Mama

 Semua yang bekerja menantikan kedatangan Sabtu dan Ahad.  Seronok berada disamping famili yang disayangi.  Lepak-lepak dan makan-makan.  Mama dan hubby masak gulai ikan sembilang tengahari ini.  Jom tengok macam mana kami buat:

Hiris
1 labu Bawang merah
3 labu Bawang putih
setengah inci Halia

Kisar
1 labu Bawang merah
3 labu Bawang putih
setengah inci Halia
1 sudu kecil Lada hitam
1 pkt Serbuk kari (babas - ikan)

satu ringgit santan, garam, asam jawa dan perasa(jika suka)
daun kari, daun kesum, bunga kantan
halba campur
tomato, cabai merah & hijau, bendi

2 ekor Ikan sembilang

1.  Tumis bahan hiris.  Bila telah separuh layu masukkan halba campur dan daun kari.  Goreng hingga agak garing.
2.  Masukkan bahan kisar.  Tumis hingga naik minyak.
3.  Campurkan santan.  Biar pecah minyak.  Kacau selalu. Masukkan bunga kantan yang dibelah dua dan daun senohom/daun kesum.
4.  Masukan garam, asam jawa dan perasa.
5.  Bila telah mendidih masukkan ikan.  Setelah ikan hampir masak, masukkan cabai merah, cabai hijau, tomato dan kacang bendi.

 Sayur goreng ala sambal jawa.  Nak buat sambal jawa tapi tak cukup masa.  Sambal jawa kena goreng lama untuk tahan lama.  Sebab tu biasanya orang buat untuk hari raya kerana ia tahan lama.

Penutup hidangan mama sediakan koi panas.  Makan santai-santai dan sembang-sembang.  Best moment yang jika boleh biarlah hari-hari macam ini...........  Kalau lah mama ni jutawan, agaknya boleh melalui moment ini hari-hari......

No comments:

Post a Comment