Angsa di hempap dahan
Pulau Pinang sehari dua ni, hujan dan angin kencang. Hujan hampir setiap hari. Banyak aktiviti tertunda dengan cuaca tak menentu ini. paling kesian dengan mat-mat motor macam hubby. Habis kuyup seluar.. Baju hujan tak mau pakai. pakai jeket aje. Macam badan kalis air pulak. Mujur helmet tu full-face. Kalau tak, balik rumah kepala pening nak demam atau selsema.
Tengahari tadi, selepas selesai urusan di klinik USM, mama nak rushing ke Tekun. Baru nak drive, ter perasan pulak side mirror tak ada. Mama tenung betul-betul. Ya memang sah tak ada. Mama turun tengok. Ada kaca pecah dan casing nya dah penuh dengan air. Masa mama masuk kereta tadi mama memamg perasan kenapa banyak sangat kayu pecah pecah berselerak sekitar kereta. Bila pemeriksaan lanjut dijalankan, baru nakpak kemek di bonet depan. Dengan susah payah, drive juga lah. Side miror ni macam mata kita masa mandu. Satu tak ada macam mata masalah sebelah lah.
Lepas tu buat laporan di Jabatan Keselamatan. Katanya "Puan boleh repair dan bilnya majukan kepada saya. Saya akan hantar untuk claim semula."
Begitulah, tragedi hari rabu....
No comments:
Post a Comment