nuffnang

Sunday, 30 September 2012

Hari Keluarga

 Unit Kejuruteraan tempat hbby bekerja meraikan hari keluarga di The Carnival , Sungai Petani pada Sabtu 30 September 2012 yang lepas.  Kami datang lambat hari tu, jadi terlepas banyak acara.  Banyak sangat acara keluarga du rumah.  Apapun kami sempat juga bersama meraikan hari keluarga walaupun tak berapa nak puas.
 Si bongsu dan princess apa lagi, memang tak lepaskan peluang.  Bermandi mandi dan ber drif di atas gelungsur air.
 Diakhir acara adalah cabutan bertuah.  Keluarga kami dapat 6 nombor yang tak pasti lagi bertuah atau tidak. N0 2025, 2026, 2027, 2028, 2029 dan 2030.
Mula-mula no. 2027 di panggil dan dapatlah yang ini.....
 Lepas tu, no. 2028 pulak dipanggil.......
Kami dapat dua sahaja dari 6 nombor bertuah kami.  Apa pun syukur lah......

Wednesday, 26 September 2012

Angsa di hempap dahan

Pulau Pinang sehari dua ni, hujan dan angin kencang.  Hujan hampir setiap hari.  Banyak aktiviti tertunda dengan cuaca tak menentu ini. paling kesian dengan mat-mat motor macam hubby.  Habis kuyup seluar..  Baju hujan tak mau pakai. pakai jeket aje.  Macam badan kalis air pulak.  Mujur helmet tu full-face.  Kalau tak, balik rumah kepala pening nak demam atau selsema.

 Tengahari tadi, selepas selesai urusan di klinik USM,  mama nak rushing ke Tekun.  Baru nak drive,    ter perasan pulak side mirror tak ada.  Mama tenung betul-betul.  Ya memang sah tak ada.  Mama turun tengok.  Ada kaca pecah dan casing nya dah penuh dengan air.  Masa mama masuk kereta tadi mama memamg perasan kenapa banyak sangat kayu pecah pecah berselerak sekitar kereta.  Bila pemeriksaan lanjut dijalankan, baru nakpak kemek di bonet depan.  Dengan susah payah, drive juga lah.  Side miror ni macam mata kita masa mandu.  Satu tak ada macam mata masalah sebelah lah.

Lepas tu buat laporan di Jabatan Keselamatan.  Katanya "Puan boleh repair dan bilnya majukan kepada saya.  Saya akan hantar untuk claim semula."

Begitulah, tragedi hari rabu....

Sunday, 23 September 2012

Ketam Bercili

 Setengah orang jika makan ketam, nanti bibir jadi seksi (muncung kedepan)  kerana alergi. Macam macam dilakukan seperti basuh dengan limau kasturi, asam jawa lah dan macam-macam  untuk mengurangi alergi.  Pelbagai masakan boleh dimasak dari bahan asas ketam.  Boleh goreng kunyit, goreng dengan tepung, masak lemak cili api, masak kari atau masak dengan cabai.  Tengahari Ahad ini, mama masak dengan cili kering.  Jim tengok macam mana cara mama ni;
                                                    7 ekor ketam saiz sedang

Kisar halus
20 - 30 biji cili kering (kurang pedas)
2 labu bawang merah
1 inci belacan

1.  Tumis hingga garing bahan kisar
2.  Masukkan sos cili, garam, gula, perasa, asam jawa.
3.  Masukkan ketam yang di basuh bersih.
4.  Masak hingga kuah agak pekat.

 Sayur Boncis Goreng dan ikan kerapu goreng sebagai pelengkap hidangan tengahari kami sekeluarga.


 1.  Tumis bawang putih yang dicincang hingga harum.  Masukkan udang basah.  Goreng hingga udang masak.
2.  Masukkan boncis, cili merah dan bawang merah besar.  Masukkan garam.  Goreng hingga elok empuknya

Saturday, 22 September 2012

Lempeng Manis

Dipagi Ahad yang tenang ini,  memang malas nak kemana-mana.  Bergolek-golek sambil tonton TV memang pilihan mengasyikkan.  Walaupun begitu aktiviti makan tetap 'on' juga.  Jadi mama sediakan yang simple saja untuk kami 4 beranak.

 Resipi lempeng manis:

 2 biji telor
1 camca gula
1 camca kecil garam
3 senduk tepung gandum
air

1.  satukan kesemua bahan.. Kacau sikit.  Masukkan kedalam blender dan blend sebati.
2.  Panaskan kuali.  Tuang sedikit minyak zaitun.  Ratakan dengan tisu.
3.  Tuang dua senduk kecil adunan dan jadikan seperti bulatan  dikuali.  Angkat bila elok masaknya.


Nota:

Jika inginkan lempeng yang anjal macam apam balik tu, tambah baking powder setengah camca kecil.  Mama sukakan yang natural.

Tambah daun bawang dan cabai merah dipotong kecil jika suka.  Untuk lebih menarik.

Selamat berhari minggu.
Semoga ceria selalu.

Friday, 21 September 2012

Selera Larut Malam
Kadangkala bila dah sekitar jam 11 malam, jika masih belum tidur, pasti selera mengada-ngada akan bertandang.  Nak keluar ke kedai mamak , terasa malas.  Bila malam Sabtu, pandai pula mata tidak mengantuk.  Automatic aje.  Mulalah merapu yang bukan-bukan.  Ini lah hasil merapu tu....

sedikit tepung gandum
1 biji telor
sedikit taugeh, parutan karrot dan cabai
Udang di potong kecil
garam,gula,perasa
sedikit Air panas

Gaul semua,  jangan terlalu lembut.  Dan goreng bulat-bulat
Gulai Sembilang Ala Mama

 Semua yang bekerja menantikan kedatangan Sabtu dan Ahad.  Seronok berada disamping famili yang disayangi.  Lepak-lepak dan makan-makan.  Mama dan hubby masak gulai ikan sembilang tengahari ini.  Jom tengok macam mana kami buat:

Hiris
1 labu Bawang merah
3 labu Bawang putih
setengah inci Halia

Kisar
1 labu Bawang merah
3 labu Bawang putih
setengah inci Halia
1 sudu kecil Lada hitam
1 pkt Serbuk kari (babas - ikan)

satu ringgit santan, garam, asam jawa dan perasa(jika suka)
daun kari, daun kesum, bunga kantan
halba campur
tomato, cabai merah & hijau, bendi

2 ekor Ikan sembilang

1.  Tumis bahan hiris.  Bila telah separuh layu masukkan halba campur dan daun kari.  Goreng hingga agak garing.
2.  Masukkan bahan kisar.  Tumis hingga naik minyak.
3.  Campurkan santan.  Biar pecah minyak.  Kacau selalu. Masukkan bunga kantan yang dibelah dua dan daun senohom/daun kesum.
4.  Masukan garam, asam jawa dan perasa.
5.  Bila telah mendidih masukkan ikan.  Setelah ikan hampir masak, masukkan cabai merah, cabai hijau, tomato dan kacang bendi.

 Sayur goreng ala sambal jawa.  Nak buat sambal jawa tapi tak cukup masa.  Sambal jawa kena goreng lama untuk tahan lama.  Sebab tu biasanya orang buat untuk hari raya kerana ia tahan lama.

Penutup hidangan mama sediakan koi panas.  Makan santai-santai dan sembang-sembang.  Best moment yang jika boleh biarlah hari-hari macam ini...........  Kalau lah mama ni jutawan, agaknya boleh melalui moment ini hari-hari......

Thursday, 20 September 2012

Pertunangan Sufi - Fiza

Lama dah berlalu, baru mama sempat  masukkan ke blog.  Semuanya hasil tangan mama sendiri.  Tapi sirih tu, dibantu oleh Elah, anak saudara.  Terima kasih Elah.  Lain kali nak minta tolong lagi.





 Balasan hantaran dari Fiza untuk Sufi.

                                                             Terlebih sudah....

Jemuran mama sudah overflow ke sini.  Menumpang sebelah tennis court kerana ampaian sediada tak cukup dah. Mama tinggal di apartment.  Tak cukup kawasan untuk menjemur baju.  Family pula besar.  Untuk menyelesaikan masalah, terpaksa tumpang jemur di tepi gelanggang.  Jangan tiru saya.....

Sunday, 16 September 2012

Simple Tauhu Sumbat
Menu paling malas.  Apa lah nak jadi,  malas bukan main-main.  Sambal kacang tapau dari jamuan raya temohari.  Mama bekukan dan kemudian panaskan semula.  Jangan tiru gaya saya yang malas ini...........
Breakfast 16 September (Hari Malaysia)

Today is public holiday.  Untuk pekerja lah.  Tapi untuk kaum ibu, memang tiada istilah holiday.  Tak kira aa holiday pun.   Tak berapa rajin nak  masak.  Goreng nasi saja lah.  Untuk yang tidak tahu masak tu, especially my dear princess, here is the secret;

Kisar halus
11 biji cili api
1 inci belacan
1 labu bawang merah

kacang boncis - otong bulat, kecil

3 mangkok nasi sejuk - leraikan menjadi sebiji-sebiji.  Tapi yang mama buat tu nasinya agak lembik.  Tak beraa cantik

10 biji bawang putih - cincang

1 liub ayam, sedikit garam

2 biji telor

1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.  Pecahkan telor dan kacau.
3.  Masukkan nasi, bahan kisar, sayur boncis, kacau sebati.
4.  Masukkan kiub ayam dan sedikit garam.

Dan akhirnya ini dia nasi goreng yang dihidang dengan secangkir kopi panas.  Jemput makan............

Friday, 14 September 2012

Terima kasih Daun Keladi

 Turki Delight pemberian rakan hbby.  Satu tu, turki delight dengan kelapa kering dan kacang pistachio dan yang warna kehijauan tu perasa mint.  Dua-dua sedap.  Macam mana ya??  Macam dodol tapi kenyal-kenyal dan di salut dengan kelapa kering dan kacang gitu.
 Lain kali kalau nak raya boleh pesan kat kekawan yang nak ke Turki.  Best lain sikit dari rumah orang lain.




Putu beras dari besan Encik Din dan Che Ah.  Sedap dan cantik.  Selalu tak berapa suka.  Tapi yang ni sedap sampai mama tersuka pulak.


Apa-apa pun terima kasih daun keladi.  Kalau ada apa-apa tu, mai hantar lagi....  ( Orang tua ni tak senonoh ya....)
Saturday Breakfast


Saturday yang sunyi.  Kalau boleh mama nak gi bekerja hari-hari.  tapi nak buat macam mana ya.  Kekuatan badan tak mengizinkan.  Kenapa mama rasa nak pi kerja hari-hari?  Sebab duduk kat rumah sangat sunyi.  Segalanya sendiri.  Breakfast pun sorang.  Hbby pergi merempit dengan groupnya.  Ada yang marah.  Ride lah bukan rempit.  Awat tak sama ke?  Kalau budak-budak kita marah dan kata merempit.  Kalau yang dah tua bangka tu, bukan sama aje.  Bezanya motosikal yang dibawa.  Bila budak-budak merempit, pakai kapcai aje.  Itu pun ada yang ibubapa punya.  Kalau yang tua tu, ulang siaran ya, tua tu, pakai motosikal yang ribu riban.  Buat membazir aje.  Kalau cakap nanti, katalah, dulu masa muda tak mampu, dah tua ni baru dapat.  Hah.... tak kuasa I.....  Mama marah ke???  Tak.... mama suka.........


Dalam kesunyian Sabtu, tengok apa mama breakfast.  Itu pun tak habis.  Awak...awak yang diluar tu, chatlah dengan saya..............



Thursday, 13 September 2012

Dap nya, puding jagung


Hbby dijemput ke jamuan hariraya.  Antara hidangannya puding jagung.  Serta merta hbby teringatkan mama dan minta 2 untuk dibawa balik.  So sweet....... tq

Balik rumah mama keluarkan dari bekasnya dan letak di piring.  Sebelum makan mama make-up kan puding dengan buah strawberry untuk meningkatkan selera.  La ni,  habis dah....
Sukaaaa.....sukaaa.........sukaaa..........

After 5, mama merayau ke hypemarket sebelah rumah.  Esok nak buat jamuan raya di Tekun.  Mama nak masak ketupat daun kelapa.  Rasa macam tak berapa cukup, mama ke hypemarket tambah ketupat plastik sikit.  Pas tu, dok ingat nak tapau sikit esok untuk family.  Pi lah ke bahagian bekas-bekas plastik.  Terbekenan la pulak kat bekas plastik bertutup oren ni.  Tengok harga tak da.  Kat rak pun bukan papar harganya.  Mama gi lah scan kat mesin yang diasediakan.  Macam tak percaya, tanya staf.  Jawapan tidak menyakinkan.  Mama tawakal aje, ambil 6 biji.  Sebagai manusia biasa ni mama terngangga.  6 biji harganya 6 sen.  Mama letak dalam kereta.  Tapi kepala ni tak puas hati .  Peluang bukan datang selalu.

Mama masuk semula dan ambil semua yang ada di atas rak sampai habis.  Harga sama 1 sen sebiji.  Lastly mama dapat 12 biji dengan harga 12 sen.  Kita suka.....suka.....suka sangat.   

p/s
Sebijik lagi tertinggal kat kereta.

Tuesday, 11 September 2012

Roti Jala Kari Daging

Refreshment kepada rombongan keluarga semasa berkumpul sebelum bertolak ke Alor Star.  Rombongan dari Penang hampir 10 orang dengan 4 buah kereta.  Lagi 2 kereta akan join di Alor Star untuk majlis akad nikah  si sulung mama.  

Terima kasih atas kesudian membantu mama dan sudi meluangkan masa menghadiri serta menyaksikan  majlis pernikahan ini.
Belanjawan:  Simple Wedding

Puas mama fikirkan. patut atau tidak topik ini dipublish.  Dan akhirnya, fikir baik saja. Mungkin ada manafaatnya kepada yang lain.  Sedikit panduan yang mama nak kongsi bersama.


  1. Untuk menjayakan majlis perkahwinan, sebaiknya lihat keupayaan kita dahulu.  Prinsip mama, mama dengar sahaja cadangan orang.  Mama ambil jika sesuai dan mampu.  Mama abai sahaja jika tidak perlu.  


Berikut cadangan belanjawan, jika sesuai:

Perkara                                                                RM

1.  Wang Hantaran                                             8,000.00
2.  Mas kahwin                                                    1,700.00  
3.  Pekaj Mak Andam                                         1,900.00
    -  Baju & Kelengkapan Pengantin
    -  Solekan
     - Meja Makan Beradap
     - Meja Kek
4.  Upah gubahan hantaran                                   250.00
5.  Kad kahwin & banner                                      350.00
6.  Kek (Beli secara on-line)                                 200.00
7.  Barang Kemas (upacara batal air                1,500.00
     sembahyang)
8.  Upah jurugambar                                             600.00     
9.  Kenduri
      - Caterer                                                        6,300.00
     - Sewa Kerusi meja, alasnya                           550.00
     - Upah pencucian                                              150.00
10. Cenderahati
     - Beg, riben dll                                                    250.00
     - Telor, jeruk ,snack                                           550.00
11.   Cadar & kelengkapan bilik tidur                      600.00
12.  Homestay, mengunjung pengantin                 500.00

                                                JUMLAH            23,400.00  

    2.    Belanja untuk 'touch-up' rumah perlu dibuat sedikit demi sedikit sebelum majlis berlangsung.  Belanja ini mengikut kemampuan kita.  Begitu juga katil dan almari bilik pengantin.  Tukar sekadar kemampuan kita.  Jika tiada masa untuk mencuci kediaman ketika sibuk persediaan kenduri, sebaiknya diupah keada pihak lain.

   3.     Dua atau tiga hari sebelum majlis kenduri, sanak saudara akan datang berkunjung untuk membantu.  Untuk yang tinggal di kampung, mungkin kurang masalah untuk menyediakan sedikit jamuan.  Tetapi ramai antara kita yang tinggal di bandar dan bekerja.  Oleh itu, katerer juga perlu dikenalpasti dan bajetnya juga perlu disediakan.  

  4.  Barang hantaran sebaiknya untuk keperluan pengantin.  Maksud mama barang yang kedua pengantin perlukan. Contoh, pengantin perlu tali pinggang kerana hanya ada satu sekarang.  Oleh itu, hantaran talipinggang diperlukan, jadi beli talipinggang sebagai hantaran.  Belanjawan diatas tidak mengambil kira barang hantaran.

                                           
   
 


Monday, 3 September 2012


Hantaran Hari Persandingan

Semua hantaran ini anak mama tempah di kedai andaman pengantin.  Tak mahu menyusahkan mama, katanya.  Syukur..........

1.  Jam tangan
 2.  Kimono Merah



3.   Beg tangan




4.  Manisan coklat



5.  Telekong sembahyang




6.  Alatan mandian




7.  Alatan dandan diri