Minggu ini memang minggu yang paling meletihkan sekali. Mama ke Kelantan pada hari Sabtu dan Ahad bersama family. Sampai di hotel terus bawa anak-anak mandi di kolam renang hotel. Memang itu yang mereka mahukan dari rumah lagi. Seronok bila lihat budak-budak ceria.
Kemudian ke Tanjung Malim pula pada malam Isnin bersama suami dan anak bongsu. Sampai sana jam 1.45 pagi, dalam jam 2.15 pagi bertolak semula ke Penang. Sampai Penang jam 7.00 pagi. Siapkan keperluan suami yang akan out-station ke Kuala Lumpur dengan kumpulannya pada jam 10.00 pagi. Suami ada di KL 2 hari. Selasa dan Rabu.
Mama pula terpaksa bantu anak yang perlu mengambil barang yang diimport dari China dari kastam pada hari Rabu. Dah ambil tu, patah balik Penang pula. Pas tu petang kena hantar barang tadi ke Nibong Tebal. On the way balik rumah, suami telefon, dia dah sampai rumah. Mama "pederas" kereta bagi cepat sampai Penang. Hujan lebat pulak tu. Berpinar mata tua mama fokus kat jalanraya.
Dan akhirnya , barulah mama dapat duduk sambil minum kopi pekat dengan tenangnya......
Alhamdulilah, segalanya dah balik seperti biasa....
Oh tuhan, permudah segala urusan saya, beri saya kekuatan, kesihatan agar dapat memberi khidmat bakti.
Amin.
No comments:
Post a Comment