Musim haji datang lagi. Mama tumpang seronok dengan bakal-bakal haji dan hajjah yang sedang bersiap sedia menunggu hari untuk berlepas ke tanah suci. Tentunya sedang teruja dan tidak sabar untuk berlepas. Pastinya setiap waktu yang terluang, membelek dan mengulangkaji buku-buku panduan yang dibekalkan. Apatah lagi jika merupakan kali pertama. Pastinya teramat teruja.
Tip persiapan beg:
1. Sekurang-kurangnya 2 pasang telekong. Tapi kain telekong tak bawa pun tak pa. Kerana tak pakai kain tu. Nanti kena pijak. Boleh pakai dengan seluar longgar dan stokin.
2. Pakaian dalam secukupnya.
3. Anak tudung secukupnya.
4. Sarong kaki dan sarung tangan.
5. Kain basahan mandi
6. Baju jalan-jalan samada baju kurung atau jubah dengan tudung selain dari telekong sembahyang. Kalau jubah pilih warna hitam. Kat sana lebih ramai pakai hitam.
7. Alat solek tak perlu. Tak da masa pun nak pakai.
8. Cawan plastik untuk letak berus gigi, ubat gigi kat bilik air. Dok kat Mekah tu sebulan. Bilik kongsi, takkan nak sepahkan.
9. Baju sesuai untuk tidoq
10. Kasut yang sesuai, biar tapaknya lembut sikit. Sebab nak kena banyak berjalan. Dan uncang kasut. Sebaiknya test dulu kasut kat sini.
11. Buku-buku agama (banyak masa boleh ulangkaji)
12. Baju sejuk/ selendang lebar.
13. Lain-lain yang difikirkan sesuai tetapi tak payah banyak sebab kat sana bab pakaian memang banyak. Yang tak nampak banyak pakaian yang sebelah dalam.
14.Barang untuk kerja haji seperti gunting, uncang batu dll
15.Serunding tak kira ayam ke, daging ke, ikan bilis ke. Tapi tak yah lah banyak sangat. Paling perlu masa kat Mina aja.
16. Hanger tak payah pun tak pa. Boleh minta percuma dengan peniaga baju. Depa buang aja bila baju dah jual kat orang.
17. Sejadah nak bawa boleh tak bawak pun tak pa. Melambak jual. Murah juga.
18. Minyak angin/ minyak panas untuk relief otot. Ubat-ubat kat sana mahal sikit. Kalau makan ubat khas doktor, pastikan bekalan mencukupi sepanjang tempoh. Kat sana mahal.
Tip untuk beg kecil (hand carry)
1. Dompet
2.Dokumen perjalanan
3. Minyak angin dan tisu/tuala
4.Ubat-ubat untuk yang perlu lah
5.Buku panduan
6. Gula-gula atau asam atau chewing gam jika suka. Gula-gula batuk tu lebih sikit tak pa. Kalau tak perlu boleh sedekah.
7. Makanan dan minuman tak perlu kot sebab terlalu mewah sampai tak makan pun. Perut kita bukan besar mana. Tambah lagi bila sampai sana, depa pakat beri makanan bungkus saiz pak arab makan. Takat perempuan biasa orang kita, tak larat nak perabis.
Semoga dipermudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment