nuffnang

Friday, 14 October 2011

Golongan muda banyak hutang

Baru-baru ini suratkhabar mendedahkan bahawa golongan muda berusia bawah 40 tahun menanggung hutang yang besar.  Mama terkedu seketika.  Telah berkali mama ingatkan anak-anak mama seperti ini:
1. Hutang yang mudarat
Hutang yang tak ada nilai kedua.  Contoh, hutang kredit kad, hutang perabut atau barang elektrik, hutang kereta/motosikal.  Ringkasnya hutang yang kita buat, tidak dapat semula jika dijual atau tidak setimpal.
Hutang ini perlu dielakkan sama sekali. Beli saja bila kita mampu.  Kalau tak mampu beli saja yang terpakai. Tapi kereta atau motosikal perlu untuk kegunaan harian kita.  Sebaiknya beli yang paling kita mampu dan praktikal untuk kita. Kenderaan hanya kegunaan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah.

2. Hutang yang manafaat
Contohnya hutang rumah.  Walaupun hutang tapi bila dijual/lupus hak, wang yang dibayar boleh diperolehi semula. Asalkan jangan jual dalam tempoh 2 tahun dah lah. Nanti kena sales tax 10 % (2012)

Pendapat mama, jangan terburu-buru membuat keputusan terutama yang melibatkan implikasi besar keatas pendapatan dan tempoh.  Minta nasihat yang lebih berpengalaman seperti ibubapa, saudara mara, rakan sekerja atau boss kita.  Minta juga pandangan kedua selain dari pandangan orang yang pertama kita rujuk.  Usah cepat tergoda dengan promosi dan pujukan manis penjual.  Usah lakukan pembelian kerana kasihan.

Gaya hidup juga mempengaruhi kita untuk membesarkan hutang.  Sebaiknya jalani kehidupan dengan sederhana.  Sebahagian anak muda hari ini telah dibebani hutang sebelum bekerja lagi.  Pinjaman pelajaran  yang disediakan sepatutnya digunakan dengan bijaksana. Hanya keperluan diutamakan.  Assesori  dan trend bukan keperluan sebagai pelajar.  Siswa yang berfikiran jauh boleh menyimpan sebahagian dari pinjaman pelajaran yang diperolehi untuk tujuan bayaran ansuran ketika belum memperolehi pekerjaan.  Masa cuti panjang juga boleh dimanafaatkan untuk kerja sampingan yang boleh mendatangkan pendapatan.  Banyak ruang untuk menjana pendapatan di kampus.  T-shirt, lab kot, nota, makanan segera, hamper, bunga, cenderahati dan pelbagai lagi yang diperlukan oleh orang lain yang boleh dijual. Waktu di kampus jika kita redah saja menjual, tak siapa nak kisah.  Semua seolah-olah menganggap "budak baru nak belajar".  Saingan pun tak mencabar.

Lagi cantik jika usia sebelum 40 tahun dimanafaat untuk menjana pendapatan sampingan.  Tika itu tubuh masih sihat dan gunakan untuk menjana pendapatan untuk kegunaan kemudian hari.  Jika bekerja tetap, cari peluang untuk bekerja sambilan atau aktiviti yang boleh menjana pendapatan senyap.

Moga Sukses

 

No comments:

Post a Comment