Ini pula persediaan mama untuk anak dara mama yang juga akan mengikuti perkhemahan . Bila ada list untuk adik tentu si dara minta disediakan juga list untuknya. Malas nak merancang lah tu. Okay lah anak mama, ini listnya....
Beg
1. Baju yang selesa (Ikut bilangan hari dengan 1 set reserved), tudung ikut warna baju
2. Baju tidur ( boleh recycle sikit) & kain batik
3. Peralatan mandi (tuala, sabun, sympoo (guna saiz hotel), pencuci muka, deodran, wangian, sikat, kepit / getah rambut, pin tudung, bedak muka, kain basahan mandi - gunakan tudung lama yang sais tudung labuh tapi empat persegi. Cepat turun air. Anak mama kecik molek muat punya...)
4. Kasut & selipar (bergantung jika pakai kasut, bawa selipar, dan sebaliknya),
5. Baju tebal
6. Minyak angin (saiz kecik aja)
7. Tuala kecil / tisu
8. Air mineral ( 2 botol kecil)
9. Biskut / makanan ringan (sais kecil)
10.Pensil box (pen, pensil, pembaris, pemadam, gunting kecil,)
11. charger h/pon
12. Buku kecil
13. Pakaian dalam & pad
14. Stokin & sarung tangan
15. Pakaian khas aktiviti, jika renang, baju sesuai dsb
16. Surat jika berkenaan
Beg galas kecil
1. Dompet
2. Handfon
Ciuman sayang dari mama.......muaaaah
No comments:
Post a Comment