nuffnang

Thursday, 27 October 2011

sardin puff

Waktu telah menjelang tengah malam.  Mata mama masih cerah benderang.  Belum ada tanda untuk berlabuh.  Diwaktu begini, apakah aktiviti yang paling tepat untuk dilakukan?  Lalu mama ke dapur.  Mama masak sardin.  Bagi kering sikit.  Semasa hendak memulakan operasi, mama keluarkan puff pastri.  Lepas tu siap sardin, mama memulakan aktiviti memasak.  Maka jadilah hasilnya seperti dibawah. 




Sardin Puff

Inti Sardin:
              1 tin kecil sardin  (guna jenama Adabi)
              3 ulas bawang kecil    -  kisar
              2 ulas bawang putih   - kisar
              3 tangkai cabai kering  - kisar
              setengah inci halia
              Bawang holland - hiris
              carrot  - hiris

Cara:
1.  Tumis bahan kisar
2.  Masukkan halia
3. Masukkan kuah sardin
4.  Masukkan carrot dan bawang hiris
5.  Masukkan isi sardin,  hancurkan
6.  tutup api dan sejukkan

Puff
Masukkan inti ke dalam pastri.  Sapu kuning telur dan bakar.

Tuesday, 25 October 2011

Senarai semak - My girl

Ini pula persediaan mama untuk anak dara mama  yang juga akan mengikuti perkhemahan .  Bila ada list untuk adik tentu si dara minta disediakan juga list untuknya.  Malas nak merancang lah tu.  Okay lah anak mama, ini listnya....

Beg
1.  Baju yang selesa (Ikut bilangan hari dengan 1 set reserved), tudung ikut warna baju
2.  Baju tidur ( boleh recycle sikit) & kain batik
3.  Peralatan mandi (tuala, sabun, sympoo (guna saiz hotel), pencuci muka, deodran, wangian, sikat, kepit / getah rambut, pin tudung, bedak muka, kain basahan mandi - gunakan tudung lama yang sais tudung labuh tapi empat persegi. Cepat turun air.  Anak mama kecik molek muat punya...)
4.  Kasut & selipar (bergantung jika pakai kasut, bawa selipar, dan sebaliknya),
5.  Baju tebal
6.  Minyak angin (saiz kecik aja)
7.  Tuala kecil / tisu
8.  Air mineral ( 2 botol kecil)
9.  Biskut / makanan ringan (sais kecil)
10.Pensil box (pen, pensil, pembaris, pemadam, gunting kecil,)
11. charger h/pon
12.  Buku kecil
13.  Pakaian dalam & pad
14.  Stokin & sarung tangan
15.  Pakaian khas aktiviti, jika renang, baju sesuai dsb
16.  Surat jika berkenaan

Beg galas kecil
1.  Dompet
2. Handfon

Ciuman sayang dari mama.......muaaaah

Senarai semak - perkhemahan budak lelaki

Ini persediaan mama untuk anak bongsu yang akan mengikuti perkhemahan pada hujung minggu ini.  Biasalah jika anak ni, tentu ibu kena campur tangan.  Jika tidak tentu ibu juga yang kelam kabut hantar barang tertinggal.

Beg
1.  Baju yang selesa (Ikut bilangan hari dengan 1 set reserved)
2.  Baju tidur ( boleh recycle sikit) & kain pelikat
3.  Peralatan mandi (tuala, sabun, sympoo (guna saiz hotel), pencuci muka, deodran, wangian, sikat, seluar pendek atau boxer)
4.  Kasut & selipar (bergantung jika pakai kasut, bawa selipar, dan sebaliknya)
5.  Baju tebal
6.  Minyak angin (saiz kecik aja)
7.  Tuala kecil
8.  Air mineral ( 2 botol kecil)
9.  Biskut (sais kecil)
10.Pensil box (pen, pensil, pembaris, pemadam, gunting kecil,)
11. charger h/pon
12.  Buku kecil
13.  Pakaian dalam
14.  Stokin

senarai semak - outstation lelaki

Senarai semak ini digunakan semasa hby nak outstation 4 hari 3 malam keluar negara.  So, boleh copy & paste aja senarai semak ini atau modified jika perlu. Selamat "bertugas" menyediakan beg.  Jom semak.......

Beg Bagasi
1.  Baju & seluar ( 1 set rasmi dan 3 set informal)
2.  Baju untuk tidur (2 set) & kain pelikat
3. Ubat-ubat wajib (hanya jika berkenaan) jika penerbangan lama, ambik sedikit dan masuk ke hand carry
4. Minyak panas (tiger bam atau minyak cap kapak pun boleh)
5. Pouch toileteries (berus & ubat gigi, wangian, deodran, sikat)
6. Selipar
7. Charger (h/p & camera & laptop)
8. Seluar pendek / boxer (mandi)
9. Pakaian dalam
10.Stokin

Jika tidak menginap di hotel
1.  Syampoo, sabun mandi
2.  Tuala mandi

Beg hand carry
1.  Dompet & tukaran wang secukupnya
2.  Handfon
3.  Camera
4.  Pasport
5.  Tisu
6.  Gula-gula/chewing gam
7.  Baju tebal
8.  Laptop (jika berkenaan)
9.  Dokumen yang berkenaan

Semoga senarai semak ini dapat membantu mempercepatkan persiapan.  Maklumlah zaman kita ni, penuh dengan komitment.
Jumpa lagi....

Wednesday, 19 October 2011

Saya seorang ibu

Minggu ini memang minggu yang paling meletihkan sekali.  Mama ke Kelantan pada hari Sabtu dan Ahad bersama family.  Sampai di hotel terus bawa anak-anak mandi di kolam renang hotel.  Memang itu yang mereka mahukan dari rumah lagi. Seronok bila lihat budak-budak ceria.

Kemudian ke Tanjung Malim pula pada malam Isnin bersama suami dan anak bongsu.  Sampai sana jam 1.45 pagi,  dalam jam 2.15 pagi bertolak semula ke Penang.  Sampai Penang jam 7.00 pagi.  Siapkan keperluan suami yang akan out-station ke Kuala Lumpur dengan kumpulannya pada jam 10.00 pagi.  Suami ada di KL 2 hari.  Selasa dan Rabu.

Mama pula terpaksa bantu anak yang perlu mengambil barang yang diimport dari China dari kastam pada hari Rabu.  Dah ambil tu, patah balik Penang pula.  Pas tu petang kena hantar barang tadi ke Nibong Tebal.  On the way balik rumah, suami telefon, dia dah sampai rumah.  Mama "pederas" kereta bagi cepat sampai Penang. Hujan lebat pulak tu.  Berpinar mata tua mama fokus kat jalanraya.


Dan akhirnya , barulah mama dapat duduk sambil minum kopi pekat dengan tenangnya......
Alhamdulilah,  segalanya dah balik seperti biasa....
Oh tuhan,  permudah segala urusan saya, beri saya kekuatan, kesihatan agar dapat memberi khidmat bakti.
Amin.

Monday, 17 October 2011

Hujan



Tika mama sampai di Rantau Panjang pada hari Sabtu, hujan mulai turun dengan lebatnya.  Beberapa orang anak kampung kelihatan berlarian bermain hujan bersama kawan-kawan.  Wajah nan ceria itu menggamit kenangan silam sewaktu mama seusia mereka.  Mama seorang yang lasak ketika kecil.  Bila hujan, pasti mama tidak melepaskan peluang untuk bermain hujan.  Sampai kecut tangan masih tak puas-puas juga.  Mak mama dah tak mampu nak kawal  kedegilan mama.



Paling menyeronokkan adalah mandi di cucur atap.  Airnya paling banyak dan paling laju.  Dah pasti mama tadah kepala di bawah cucur atap itu.  Mak mama letakkan satu tempayan besar dibawah cucur atap.  Ditakung air hujan untuk tujuan menyiram pokok.  Kadang kala mama masuk terus dalam tempayan itu dan berendam dalam hujan.  Kadangkala mak mama minta cabut ubi untuk direbus buat makan kami adik beradik ketika waktu hujan.  Waktu itu, mama memang cergas dan pantas, sanggup buat apa saja asalkan dapat main hujan.  Kadangkala cabut ubi pun buat lambat-lambat.  Sebab dapat main lebih.







Yang menakjubkan pula,  main dalam hujan lama pun tapi tak kerap demam.  Macam kebal aja.  Setelah puas bermain, mama naik kerumah.  Tak bilas pun terus salin baju dan mengadap ubi rebus cicah dengan sambal tumis atau ikan kering.  Pehh... punyalah sedap.  Sambal tumis pun kosong saja.  Mak mama memang tak mampu nak menyediakan makanan  macam orang sekarang.  (Terima ksih mak atas segalanya.  Tidak terbalas jasa mak kepada saya.  Hanya doa saya mak bahagia didunia dan diakhirat)







Bila dah besar sikit, dah anak dara, mama suka tengok titis-titis hujan dari tingkap saja.  Dah tak berlari dan bermain dalam hujan lagi.  Waktu itu, anak-anak dara sunti tak banyak aktiviti macam zaman ini.  Dunia kami tika itu, hanya sekolah dan rumah saja.  Aktiviti lepas sekolah memang cukup kurang.  Ditambah lagi kampung mama yang terpencil jauh.  Bila hujan telah reda, mama keluar rumah dan potong batang ubi pendek-pendek.  Kemudian cucuk ditanah.  Pisang dan ubi kayu memang makanan harian selain dari nasi.  Pelbagai menu dibuat dari dua bahan itu.  Tapi sekarang kalau mama teringin pun, tak buat sebab nanti mama makan sorang-sorang.  Anak-anak semua tak gemar.  Mama ada juga tanam ubi dan pisang di kebun.  Tapi selalu beri kat burung makan.  Tak ada siapa yang mahu pun.  Terkenangkan penduduk Somalia yang menghadapi krisis makanan.  Tapi tak kan nak hantar pisang dua tiga tandan kesana?






Jumpa lain kali.
Assalammualaikum.

Friday, 14 October 2011

Golongan muda banyak hutang

Baru-baru ini suratkhabar mendedahkan bahawa golongan muda berusia bawah 40 tahun menanggung hutang yang besar.  Mama terkedu seketika.  Telah berkali mama ingatkan anak-anak mama seperti ini:
1. Hutang yang mudarat
Hutang yang tak ada nilai kedua.  Contoh, hutang kredit kad, hutang perabut atau barang elektrik, hutang kereta/motosikal.  Ringkasnya hutang yang kita buat, tidak dapat semula jika dijual atau tidak setimpal.
Hutang ini perlu dielakkan sama sekali. Beli saja bila kita mampu.  Kalau tak mampu beli saja yang terpakai. Tapi kereta atau motosikal perlu untuk kegunaan harian kita.  Sebaiknya beli yang paling kita mampu dan praktikal untuk kita. Kenderaan hanya kegunaan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah.

2. Hutang yang manafaat
Contohnya hutang rumah.  Walaupun hutang tapi bila dijual/lupus hak, wang yang dibayar boleh diperolehi semula. Asalkan jangan jual dalam tempoh 2 tahun dah lah. Nanti kena sales tax 10 % (2012)

Pendapat mama, jangan terburu-buru membuat keputusan terutama yang melibatkan implikasi besar keatas pendapatan dan tempoh.  Minta nasihat yang lebih berpengalaman seperti ibubapa, saudara mara, rakan sekerja atau boss kita.  Minta juga pandangan kedua selain dari pandangan orang yang pertama kita rujuk.  Usah cepat tergoda dengan promosi dan pujukan manis penjual.  Usah lakukan pembelian kerana kasihan.

Gaya hidup juga mempengaruhi kita untuk membesarkan hutang.  Sebaiknya jalani kehidupan dengan sederhana.  Sebahagian anak muda hari ini telah dibebani hutang sebelum bekerja lagi.  Pinjaman pelajaran  yang disediakan sepatutnya digunakan dengan bijaksana. Hanya keperluan diutamakan.  Assesori  dan trend bukan keperluan sebagai pelajar.  Siswa yang berfikiran jauh boleh menyimpan sebahagian dari pinjaman pelajaran yang diperolehi untuk tujuan bayaran ansuran ketika belum memperolehi pekerjaan.  Masa cuti panjang juga boleh dimanafaatkan untuk kerja sampingan yang boleh mendatangkan pendapatan.  Banyak ruang untuk menjana pendapatan di kampus.  T-shirt, lab kot, nota, makanan segera, hamper, bunga, cenderahati dan pelbagai lagi yang diperlukan oleh orang lain yang boleh dijual. Waktu di kampus jika kita redah saja menjual, tak siapa nak kisah.  Semua seolah-olah menganggap "budak baru nak belajar".  Saingan pun tak mencabar.

Lagi cantik jika usia sebelum 40 tahun dimanafaat untuk menjana pendapatan sampingan.  Tika itu tubuh masih sihat dan gunakan untuk menjana pendapatan untuk kegunaan kemudian hari.  Jika bekerja tetap, cari peluang untuk bekerja sambilan atau aktiviti yang boleh menjana pendapatan senyap.

Moga Sukses

 

Kenangan

Musim haji datang lagi.  Mama tumpang seronok dengan bakal-bakal haji dan hajjah yang sedang bersiap sedia menunggu hari untuk berlepas ke tanah suci.  Tentunya sedang teruja dan tidak sabar untuk berlepas.  Pastinya setiap waktu yang terluang, membelek dan mengulangkaji buku-buku panduan yang dibekalkan.  Apatah lagi jika merupakan kali pertama.  Pastinya teramat teruja.

Tip persiapan beg:
1.  Sekurang-kurangnya 2 pasang telekong.  Tapi kain telekong tak bawa pun tak pa.  Kerana tak pakai kain tu.  Nanti kena pijak.  Boleh pakai dengan seluar longgar dan stokin.
2.  Pakaian dalam secukupnya.
3. Anak tudung secukupnya.
4. Sarong kaki dan sarung tangan.
5. Kain basahan mandi
6. Baju jalan-jalan samada baju kurung atau jubah dengan tudung selain dari telekong sembahyang. Kalau jubah pilih warna hitam.  Kat sana lebih ramai pakai hitam.
7. Alat solek tak perlu.  Tak da masa pun nak pakai.
8. Cawan plastik untuk letak berus gigi, ubat gigi kat bilik air.  Dok kat Mekah tu sebulan.  Bilik kongsi, takkan nak sepahkan.
9. Baju sesuai untuk tidoq
10. Kasut yang sesuai, biar tapaknya lembut sikit.  Sebab nak kena banyak berjalan. Dan uncang kasut. Sebaiknya test dulu kasut kat sini.
11. Buku-buku agama (banyak masa boleh ulangkaji)
12. Baju sejuk/ selendang lebar.
13. Lain-lain yang difikirkan sesuai tetapi tak payah banyak sebab kat sana bab pakaian memang banyak.  Yang tak nampak banyak pakaian yang sebelah dalam.
14.Barang untuk kerja haji seperti gunting, uncang batu dll
15.Serunding tak kira ayam ke, daging ke, ikan bilis ke. Tapi tak yah lah banyak sangat. Paling perlu masa kat Mina aja.
16. Hanger tak payah pun tak pa.  Boleh minta percuma dengan peniaga baju.  Depa buang aja bila baju dah jual kat orang.
17. Sejadah nak bawa boleh tak bawak pun tak pa.  Melambak jual.  Murah juga.
18. Minyak angin/ minyak panas untuk relief otot.  Ubat-ubat kat sana mahal sikit.  Kalau makan ubat khas doktor, pastikan bekalan mencukupi sepanjang tempoh.  Kat sana mahal.

Tip untuk beg kecil (hand carry)
1. Dompet
2.Dokumen perjalanan
3. Minyak angin dan tisu/tuala
4.Ubat-ubat untuk yang perlu lah
5.Buku panduan
6. Gula-gula atau asam atau chewing gam jika suka.  Gula-gula batuk tu lebih sikit tak pa.  Kalau tak perlu boleh sedekah.
7. Makanan dan minuman tak perlu kot sebab terlalu mewah sampai tak makan pun. Perut kita bukan besar mana.  Tambah lagi bila sampai sana, depa pakat beri makanan bungkus saiz pak arab makan.  Takat perempuan biasa orang kita, tak larat nak perabis.


Semoga dipermudahkan segalanya.

Thursday, 6 October 2011

Pentingnya merancang kewangan

Bismillahirrahmannirrahhim
Assalamualaikum,

Tanpa mengira apa jua kerjaya kita, jika pengurusan kewangan kita lemah, tentunya akan memberi kesan kepada kita.  Kadangkala terfikir juga dibenak, bagaimana ibuayah kita yang berpendapatan kecil tetapi dapat menampung keluarga yang besar.  Sedangkan kita, yang mempunyai kerjaya yang lebih baik dari ibuayah,  termengah-mengah nak menampung kehidupan. Untuk memujuk diri sendiri, kita akan katakan, itu zaman dulu, semuanya boleh diperolehi dengan percuma.  Jika perlu beli pun kos nya jauh lebih murah, jika sekarang saya boleh beli berganda-ganda dari itu. 

Tetapi terfikirkah kita betapa sukarnya nak mendapatkan wang pada ketika itu.  Bukan macam sekarang nak cari duit cukup senang.  Asal rajin saja.  Itu pun ramai majikan yang sukar nak cari orang.  Dulu peluang kerja amat terhad.  Gaji yang diperolehi juga kecil.  Nak berniaga juga amat sukar.  Pasaran juga tidak besar.  Rata-rata orang lain juga susah juga.  Kuasa beli rendah.  Masih segar diingatan, baju yang mama ada hanya helai saja.  Itupun mak jahit sendiri.  Kain mak beli dan bayar ansur-ansur.  Yang lain semua baju basahan yang di recycle dari ahli keluarga.

Berikut tip mama untuk anak-anak:
1.  Buat potongan gaji untuk simpan.  Contoh ke Tabung Haji, insuran pendidikan
2.  Jangan ingat langsung kita ada buat potongan gaji.  Anggap macam kita bayar loan.
3.  Hadkan belanja bulanan kita.  Mesti kurang dari gaji kita.  Kalau kadang-kadang sama dengan jumlah gaji tu, boleh lagi pejam mata.  Tapi kalau selalu tu, dah teruklah.. Kena repair keadaan tersebut.
4.  Buat pinjaman rumah dengan segera.  Kadangkala kita ni bila tengok gaji berbaki banyak , mula lah banyak berangan nak itu ini.  Kalau dah siap-siap kena potong untuk rumah tu dah tak boleh buat apa lah..
5.  Hadkan keluar meronda dengan kawan-kawan.  Ini akan menyebabkan kita over bajet selalu.

6.  Bayar bil cepat-cepat. Berlengah akan menyebabkan kita ter miss dan ter guna untuk perkara lain.
7.  Selalu ingatkan diri, wang lebih senar mengalir keluar dari mengalir masuk ke poket.






Ok. Cukup setakat ini.  To be continue lain kali :)